News!!

90 Peratus Masa Penerbangan Di Tempat Duduk, Bukan Di Tandas – CEO MAS

Sebelum ini, Mesyuarat jemaah menteri telah mengarahkan Malaysia Airlines Bhd (MAB)untuk menyelesaikan masalah susun atur tempat duduk dan tandas di kelas perniagaan dalam pesawat Airbus A350-900XWB. Mereka menerima beberapa rungutan dan aduan penumpang mengenai tempat duduk yang tidak selesa dan tandas tidak mencukupi di kelas perniagaan penerbangan itu. Ikuti jawapan balas dari CEO Malaysia Arlines.

Bahagian kelas perniagaan pesawat Airbus A350-900 XWB baharu Malaysia Airlines menyediakan tempat duduk yang lebih luas dan nisbah tandas yang setanding dengan pesaingnya, kata ketua pegawai eksekutifnya Izham Ismail.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu mengambil perhatian akan kebimbangan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai tentang aduan penumpang berkaitan tempat duduk dalaman dan kurangnya tandas di segmen kelas perniagaan dalam pesawat baharu Airbus A350-900 XWB.

“Bagaimanapun, apa yang paling penting kepada kami adalah pengalaman pelanggan semasa penerbangan dan pelanggan yang menghabiskan 90 peratus daripada masa semasa penerbangan di tempat duduk, bukan di tandas.

“Kami amat berbangga yang tempat duduk itu sendiri setanding dengan pesaing kami seperti Lufthansa, KLM dan British Airways,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis permeteraian perjanjian perkongsian latihan antara Akademi Malaysia Airlines dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata Malaysia Airlines menyifatkan produknya sebagai ‘premium’ dan bukan ‘mewah’ seperti Emirates Airline dan Qatar Airways.

Perkongsian itu akan membolehkan akademi tersebut menawarkan 10 kursus lATA pada peringkat permulaan dengan kursus pertama akan bermula pada 26 Feb.

Sumber: Bernama

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: