News!!

8 Pusat Baby Hatch Diwujudkan di Hospital KPJ Seluruh Negara

Gejala pembuangan bayi semakin meruncing dan dilaporkan berlakunya peningkatan mendadak dari 2013 sebanyak 90 kes kepada 115 kes pada 2016. Angka yang dinyatakan adalah berdasarkan kes yang dilapor dan pastinya ia tidak merujuk kepada jumlah sebenar yang melibatkan kes-kes yang tidak dilapor. Anda pasti boleh menilai sendiri samada tindakan yang kita ambil untuk mencegah gejala ini berjaya atau sebaliknya.

KUALA LUMPUR: Ibu yang melahirkan bayi tidak sah taraf tidak perlu takut meletakkan bayi mereka di “Baby Hatch” kerana ia bukan kesalahan jenayah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata kerajaan berharap ibu-ibu berkenaan memilih meletakkan bayi mereka di Baby Hatch dan tidak membuang bayi tersebut di merata tempat, yang merupakan kesalahan jenayah.

“Dalam hal ini, keselamatan dan kesihatan bayi tersebut akan lebih terjamin kerana Baby Hatch merupakan fasiliti selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai impak penubuhan Baby Hatch di negara ini serta adakah dengan kewujudannya, bayi dapat ditinggalkan dengan selamat.

Beliau berkata kes buang bayi mencatatkan peningkatan setiap tahun sejak 2013.

“Sebanyak 90 kes buang bayi dilaporkan pada 2013, seterusnya meningkat kepada 104 kes pada 2014, 111 kes pada 2015 dan 115 kes pada 2016,” katanya.

Dalam pada itu, Azizah berkata setakat ini, 8 pusat Baby Hatch diwujudkan di Hospital KPJ seluruh negara melibatkan 2 di Kuala Lumpur dan setiap satu di Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Pahang.

Katanya, Baby Hatch turut ditempatkan di tiga Pusat Perlindungan OrphanCARE di Kuala Lumpur, Sungai Petani di Kedah dan Johor Bahru, Johor.

 

Sumber: FMT

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: