News!!

6 Dokumen Yang Wajib Anda Simpan Semasa Mengembara

Kepada mereka yang gemar melancong, Admin kongsikan nasihat dari pakar Pelancongan (Rarecation) mengenai 6 dokumen yang perlu ada bersama anda serta tips agar anda tahu apa tindakan yang perlu dibuat sekiranya berlaku kehilangan dokumen penting ini.  Selamat membaca dan semoga memperoleh manfaat.

No automatic alt text available.

Ketika travel dan sesuatu berlaku pada passport kita atau pada diri kita sendiri, 6 Dokumen ini adalah penyelamat kita

Setiap dokumen ini SEBAIKNYA ANDA MEMPUNYAI SALINAN HARDCOPY DAN JUGA SOFTCOPY DI DALAM EMAIL ANDA. Sila emailkan juga SOFTCOPY KEPADA WARIS ANDA sebagai sumber rujukan serta boleh membantu sekiranya diperlukan.

Kenapa softcopy perlu disimpan di dalam email sendiri?? Jawapannya kerana di mana-mana sahaja ada akses internet kita boleh dapatkan semula dokumen ini dengan mudah dan pantas.

Lihat pada setiap foto untuk tahu apa fungsinya setiap dokumen

Image may contain: text

1. SALINAN PASPORT

Bila passport kita hilang, salinan passport ini sangat penting untuk menunjukkan identiti kita

Juga pastikan, jika ada buat pembedahan plastik, muka dalam passport tu biar muka yang terbaru ya.

No automatic alt text available.

2. BOARDING PASS

Jangan buang boarding pass, kerana boarding pas ini satu bukti kita tiba di negara yang kita lawati secara HALAL, bukan kene seludup
.
Pernah terjadi juga, pegawai imigresen lupa nak cop passport ketibaan, bila pulang imigresen tak bagi keluar dari negara tersebut sebabnya tiada bukti datang ke negara tersebut secara SAH
.
Jadi boarding pass sebagai bukti juga kita masuk sesuatu negara dengan SAH.

No automatic alt text available.

3. TIKET PENERBANGAN

Pastikan tiket penerbangan kita ada, ini untuk menunjukkan kita mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk kembali ke negara asal.
.
Jika tiada tiket penerbangan pulang, panjang cerita dan banyak susahnya nanti bila nak mohon passport baru.

Image may contain: text

4. MAKLUMAT PENGINAPAN

Ini juga sebagai bukti kita tidak datang ke negara orang untuk merempat. Juga sebagai rujukan penting bila kita tiba dan jika sesuatu terjadi pada kita, mudah untuk orang jejak kembali pergerakan kita.

No automatic alt text available.

5. KAD PENGENALAN DIRI

Kad pengenalan sangat penting, iya lah kalau kene curi dompet kita, salinan kad pengenalan ini penyelamatnya. Dan juga sebagai backup untuk pasport kita.

Image may contain: text

6. NO TELEFON SENDIRI/ WARIS

Info ini sangat penting kerana ia dapat membantu orang lain untuk menghubungi waris kita jika berlaku perkara yang tidak diingini kepada kita.

Semoga maklumat yang dikongsi bermanfaat pada anda dan selamat mengembara.

Sumber: www.rarecation.com

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: