News!!

3 Pilihan Terbaik Telefon Pintar Untuk Pencinta Fotografi

Dengan kecanggihan telefon pintar, bidang fotografi bukan lagi menjadi hak ekslusif bagi jurufoto-jurufoto professional. Kepada para pengguna telefon pintar di luar sana, ikuti artikel ini untuk mengetahui 3 telefon pintar yang digilai untuk fotografi.

Image may contain: 1 person, phone and text

3 SMARTPHONE PALING DIGILAI OLEH PENGGEMAR SMARTPHONEGRAPHY!

Hari ini para pengeluar SMARTPHONE ternama tengah berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik dalam mengeluarkan kamera smartphone yang berkualiti. Beberapa penggemar fotografi bahkan sudah mulai beralih dari kamera DSLR kepada smartphone camera kerana kualiti yang mampu dihasilkan oleh smartphone terkini termasuklah ianya mobile dan easy carry!

Smartphone kini juga dapat digunakan untuk mengambil foto dengan pelbagai efek yang menarik. Hanya perlu install apps yang sedia ada seperti SNAPSEED, VSCO, dan juga ADOBE LIGHTROOM secara percuma je! Berbaloi-baloi! Semuanya dihujung jari! Jadi hari ini abang nak kongsikan dengan anda 3 smartphone pilihan abang untuk peminat smartphonegraphy!

Image may contain: phone and text

1. GOOGLE PIXEL 2

Oktober lalu, Google secara rasminya melancarkan Pixel terbarunya, iaitu Pixel 2 dan versi ukuran besarnya Pixel 2 XL. Tidak seperti pesaing-pesaing yang lain, Google tidak mengikuti tren menghasilkan dual kamera tetapi menawarkan kepada pengguna dengan kualiti kamera yang memang benar-benar terbaik.

GOOGLE PIXEL menyediakan kamera belakang dengan resolusi 12.2 MP dan bukaan aperture f/1.8, Pixel 2 menghasilkan kamera dengan teknologi sensor dual pixel sebagai daya tarik kameranya. Tambahan, ia menjadikan proses pencarian fokus ketika mengambil gambar menjadi lebih cepat kerana pixel terbagi menjadi dua. Kemampuan itu menjadi lebih maksima karena ada tambahan optical image stabilization (OIS) yang membuat rakaman video yang lebih stabil. Ini baru sikit.

HASIL FOTONYA TERBAIK & HAMPIR SEMPURNA!

Kualiti kamera Pixel 2 mendapat pengiktirafan dari DxOMark, sebuah badan yang mengukur tahap kualiti kamera, lens dan smartphone yang mana ditubuhkan sejak 2008. DxOMark memberi nilai 98 markah untuk Pixel 2, yang membuatnya cukup jauh mengungguli pesaing terdekatnya iaitu iPhone 8 Plus dan Samsung Galaxy Note 8 dengan nilai 94 markah. (jadi kalau penggemar fotografi, boleh search apa itu DxOMark).

Dengan paparan skrin berukuran pada 6 inci, skrin pada Pixel 2 XL adalah yang terbesar dilihat pada telefon bimbit berjenama Google. Memang puaslah tengok skrinnya. Cuma mungkin akan tidak selesa ketika memegang.

Walaupun Google Pixel 2 ni berkamera tunggal, anda jangan gelak terlalu awal kerana Google mampu memberikan “mode portrait” pada Pixel 2, yang mana mampu menghasilkan efek bokeh dibahagian belakang subjek utama sama seperti iPhone 8 Plus dan Samsung Galaxy Note 8. Ini adalah kerana salah satu dari dua pixel pada ponsel ini dapat bertindak sepertimana dual kamera.

Sistem Google Pixel 2 XL dilengkapi oleh processor Qualcomm Snapdragon 835 octa-core 1.9GHz dan ia dilengkapi dengan 4GB RAM. Telefon itu memuatkan 64GB dan 128gb storan dalaman.

Harga : RM3200 – RM3500

No automatic alt text available.

2. IPHONE X

Pelancaran Iphone X oleh Apple banyak memberi respons positif mahupun negatif dan juga mengejutkan dan menghebohkan para pencinta Iphone. Jadi hari ini apa yang nak abang kupas adalah kekuaatan yang ada pada kamera Iphone X!

Iphone X ini telah dilengkapi dengan layar OLED di mana skrin anda akan menampilkan warna yang lebih vibrant dan padu serta lebih jimat tenaga! (Whattt?!!) serta memberi tampilan HDR yang menghasilkan contrast dan layar skrin yang sangat mantap dan signifikan. Kamera iPhone X mempunyai kamera belakang 12 megapiksel dual lens dengan penstabilan imej dual optik, yang terdiri daripada lensa bukaan f/1.8 lebar dan kanta aperture f/2.4 telephoto. Lagi best, kamera hadapan 7 megapiksel menyokong mode Potrait dan mempunyai penstabilan imej dan kawalan exposure secara automatik.

Selain itu, Iphone X juga menyajikan kita dengan features Potrait Lighting di kamera depan yang akan mengenal pasti seberapa banyak cahaya yang diperlukan agar wajah pengguna kelihatan mulus, gebu dan cantik ketika berselfie. Iphone X menyediakan beberapa pilihan cahaya yang tersedia iaitu natural, studio, contour dan stage light.

JANGKA HAYAT bateri yang tahan lama sehingga 21 jam juga antara kekuatan iPhone X. Jadi mereka yang kerap travel dan menggunakan smartphone secara heavy, memang sangat berbaloi. Ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar melalui aksesori via Qi-compatible, dan Apple akan memperkenalkan penyelesaian pengisian yang lebih mantap dan efisyen yang dipanggil AirPower bermula awal tahun depan.Namun, persoalannya adakah ianya sebuah pelaburan yang berbaloi? Jawapannya terserah kepada korang. Hehe

Harga : RM5149 – RM5899.

Image may contain: phone

3. SAMSUNG S8

Samsung Galaxy Note 8 memiliki layar skrin dengan lebar 6.3 inchi Super AMOLED yang memiliki resolusi 1440 x 2960 pixel. Dengan resolusi yang sangat tinggi tamabahan dengan Layar Super AMOLED (Active Matrix Organic Light Emiting Diode), Samsung Galaxy Note 8 akan memberikan korang dengan penampilan skrin yang begitu jernih serta tajam. Layar skrin ini juga dijamin oleh SAMSUNG sangat kukuh dengan adanya pelindung skrin Gorilla Glass 5.

Samsung Galaxy Note 8 juga memiliki kamera istimewa yang tentu mampu menyaingi pesaing terdekatnya iaitu iPhone 8 Plus (hihihi). Smartphone Samsung Galaxy Note 8 ini memiliki kamera utama Dual 12 MP + 12 MP, Dual OIS (iaitu Optical Image Stabilization) di mana korang tak perlu nak risau tentang imej bergegar ketika merakam video. Memang tiada masalah lagi kalau nak shoot hanya dengan handheld!

Tambahan, ia dilengkapi dengan Dual Pixel phase detection autofocus (memang ohsem speed focus dia), 2x optical zoom, dual-LED (dual tone) flash yang tentunya mampu merakam video dengan resolusi Ultra HD / 4K. Sementara untuk kamera depan, Samsung Galaxy Note 8 menghidangkan kamera beresolusi 8 MP + Autofocus yang mampu mengambil gambar yang berkualiti. Seronoklah mana yang kaki selfie tu.

Selain soal zoom-in dan zoom-out, OIS juga memudahkan korang ketika merakam video timelapse, slow motion, serta saat menggunakan kamera mode telephoto. Shot slow motion korang akan menjadi mulus dan tulus je meskipun cuma dipegang dengan tangan sambil jalan.

Untuk makluman, Samsung Galaxy Note 8 dilengkapi dengan processor Exynos 8895 Octa Core, dan dilengkapi dengan RAM 6 GB, memory Internal 64/128/256 GB. Ruang penyimpanan tambahan yang disediakan bisa digunakan secara maksimum melalui slot microSD sehingga 256GB. Bateri besar 3300 mAh juga disesuaikan untuk menampung gerak kerja smartphone ini. Dan juga sedikit tambahan informasi menarik, prosesor Exynos 8895 Octa Core yang digunakan Samsung Galaxy Note 8 ini dibuat dengan fabrikasi 10nm yang dikatakan memiliki 27% gerak kerja yang lebih baik serta menjimatkan penggunan tenaga 40% kurang lebih.

Harga : Bermula dari RM3400

p/s : jangan lupa LIKE & SHARE post ini pada rakan-rakan korang ya! Semoga bermanfaat!

Sumber:

www.sarc.my

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: