Dirogol Pendakwah dan Presiden NGO Islam

Dirogol Pendakwah dan Presiden NGO Islam
Advertisements
Advertisements

BILA NAFSU SUDAH MERAJA
.
Sejak akhir-akhir ini kita dilambakkan dengan gejala “harapkan pegar, pegar makan padi”. Berbagai kes pencabulan dan pemerkosaan dikongsikan oleh pembaca dan ibubapa mangsa. Terlalu banyak sehingga tidak larat kami mahu mengulasnya.
.
Terlalu banyak kes pelajar sekolah dicabul, bahkan dirogol guru. Pelajar maahad diliwat ustadz. Pesakit yang diperkosa bomoh. Tidak kurang kes bapa memperkosa anak, atuk merogol cucu, abang merogol adik dan pelbagai sumbang mahram lainnya.
.
Jangan ceritalah berleluasanya kegiatan zina dengan sepupu dan gadis yang mengadu ‘dirogol’ teman lelaki. Ironinya, aduan dibuat setelah gadis mengaku telah ‘dirogol’ berkali-kali. Sesetengahnya mengaku telah ditiduri oleh berpuluh-puluh lelaki. Aduannya tetap ‘rogol’ kerana sigadis masih di bawah umur, namun ia sebenarnya lebih kepada ‘perogolan’ suka sama suka.
.
Biasanya aduan hanya dibuat setelah perbuatan sumbang itu sudah pecah tembelangnya, atau sigadis sudah berbadan dua. Tidak kurang yang terus buat senyap kerana ingin meneruskan aktiviti zina mereka. Bayi yang dilahirkan sanggup dibuang merata-rata.
.
Berita yang dilaporkan Kosmo semalam juga membawa kisah yang sama. Tajuknya amat menarik sekali, iaitu,

Advertisements

ANAK ISTERI TIADA DI RUMAH, PRESIDEN NGO ISLAM ROGOL GADIS
.
Diberitakan seorang presiden sebuah NGO Islam ditahan kerana didakwa merogol gadis berusia 20 tahun di kediamannya pada 9 Mac lalu.
.
KETUA PEGAWAI OPERASI AGENSI KERAJAAN NEGERI di utara tanah air itu didakwa berbuat demikian di ruang tamu rumahnya jam 12.30 tengah hari, ketika isteri dan anaknya tiada di rumah.
.
Sumber polis memberitahu mangsa mendakwa mereka sama-sama keluar makan tengah hari sebelum pulang dan menonton televisyen.
.
“Mangsa mendakwa suspek kemudiannya merogolnya di ruang tamu walaupun dia menolak dan menangis,” kata sumber.
.
“Mangsa bagaimanapun mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan suspek sebelum ini”.
.
Ketua polis Negeri Sembilan mengesahkan pendakwah berusia 30-an itu ditahan di Kangar, Perlis kelmarin dan direman hingga 29 Julai ini.
.
DI MANA SILAPNYA?
.
Bagaimana seorang gadis boleh ikut pulang ke rumah seorang lelaki, apatahlagi yang sudah beristeri sehingga ada peluang untuk dia ‘dirogol’ untuk kali kedua?
.
Dirogol untuk kali kedua pada 9 Mac, mengapa baru sekarang aduan dan tangkapan dilakukan?
.
Bagaimana boleh begitu mudah dia mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang sama sebelumnya dan tiada pula aduan rogol dibuatnya? Adakah zina kali pertama itu dilakukan dengan rela?
.
PESANAN
.
Ingatlah para wanita sekalian, jangan terlalu mudah menyerahkan tubuh kalian kepada mana-mana jantan secara tidak bermaruah. Jangan sekali-kali percaya kepada lelaki selagi tiada ikatan sah.
.
Biar siapa pun mereka, lelaki tetap lelaki. Baik yang bujang mahupun yang sudah beristeri, baik yang berkopiah, berjubah, berserban dan berselendang, apatah lagi yang berambut perang, baik yang tua apatah lagi yang muda, baik orang luar mahupun ahli keluarga, tabiat mereka sama sahaja. Bila ada sahaja peluang, lelaki durjana akan ratah tubuh kalian semua.
.
Mohon para ibubapa lebih peka untuk mengawal dan mendidik anak dara kita agar tidak terus menerus menjadi mangsa dan ditinggalkan sebagai ‘sisa’. Didik juga agar anak lelaki kita lebih beriman dan tidak jadi buaya jantan yang suka meratah perempuan.
.
Beranikanlah diri dan lihat sendiri ribuan gadis bertudung menayangkan muka dan tubuh tanpa seurat benang di Tumblr. Sudah ramai ibubapa yang kecewa apabila menemui video dan gambar lucah anak gadisnya. Bukan sekadar menayangkan gambar, malah ribuan video zina dan onani mereka juga ditayangkan dengan sukarela.
.
Ingat dan patuhlah pada pesan dan wasiat nabi. Jagalah pergaulan, tutur kata, lenggok badan dan pemakaian kalian ketika berhadapan dengan lelaki. Hentikanlah tabiat jahiliyah.
.
Kepada para lelaki, khususnya yang bertopengkan imej ‘beragama’ namun berperangai durjana ini harap segeralah bertaubat. Bayangkan jika perempuan yang kalian rosakkan itu adalah anak atau isteri kalian sendiri. Merasa jijiklah dengan perlakuan sumbang kalian yang telah mencemarkan nama Islam.
.
Astaghfirullah al-adziim.
Innalillahiwainna ilaihiroojiun.
Allahumma salaamatan fiddien…

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *