News!!

Dari Pemilik Bengkel Pakar Ternama Kini Jadi Pomen Bawah Pokok!

BERMULA dari seusia 15 tahun, Mohd Idham Talib sudah menceburi bidang permotoran sehingga mampu memiliki beberapa bengkel pakar kenderaan jenama antarabangsa. Mempunyai pengalaman selama 27 tahun (bukan belajar dari youtube) memperbaiki pelbagai jenis enjin kenderaan termasuklah enjin kapal terbang, pomen asli ini akhirnya meninggalkan segala apa yang dia ada dengan mewakafkan diri sepenuhnya di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Selaku sukarelawan sepenuh masa merangkap Cif Pomen disana, beliau telah mencurahkan segala ilmu yang ada kepada anak-anak yatim dan asnaf agar mereka mampu untuk mandiri.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengikuti rancangan” POMEN BAWAH POKOK” dari produksi CandidSyndrome dan terbitan WarnaAsia setiap Isnin dan Jumaat, Abang Idham bakal kongsikan tips penjagaan kenderaan bukan sahaja dari buatan tempatan, malahan kenderaan keluaran Eropah dan juga Asia, u name it! (tagline dia) Insya Allah.

Untuk manfaat bersama, jangan lupa kongsikan kepada saudara mara, rakan taulan dan terutama sekali isteri anda…yaaa isteri anda. – “Kereta Sihat, Duit Pun Selamat”

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: