News!!

8 Tips Menaiki Kapal Terbang Bersama Si Kecil.

Mother with her baby boy in an aircraft

Anda berhasrat untuk membawa keluarga melancong keluar negara, tapi befikir dua kali kerana ada si kecil. Rasa bersalah dan khuatir kalau nak ditinggalkan bersama ibu mertua, walaupun mereka tak kisah. Mana tidaknya…sudahlah mereka tak dibawa bersama, bahkan suruh mereka jaga anak kita pula.

Kami kongsikan 8 tips berguna dari Rarecation.com, yang bakal memudahkan perjalanan anda bersama si kecil nanti.

 

Image may contain: text

 

No automatic alt text available.

1. FLIGHT MALAM

Jika ada pilihan, cuba ambil flight malam kerana waktu ini waktu untuk anak-anak kita tidur. Jadi kurang waktu berjaga kurang ragamnya

Tapi jika waktu anak anda tidur adalah petang, maka pilihlah flight yang sesuai dengan waktu biasa anak kita tidur ya.

No automatic alt text available.

2. BAWA PAKAIAN MUDAH

Pilih pakaian yang mudah untuk kita tanggalkan dan gantikan. Di dalam flight ruang kita dah lah kecilkan, jangan mengada-ngada nak dress up anak jadi elsa frozen.

Ambil pakaian yang mudah -mudah sahaja, sebaiknya yang berbutang banyak bukan shirt, lebih mudah di tanggalkan.

 

No automatic alt text available.

3. LUPAKAN STROLLER
.
Betul elakkan membawa stroller, sebaiknya gunakan “baby carier” sahaja. Mudah nak bergerak dan kurang risiko tertinggal. Sementara anak kita masih tak begitu berat, less than 5- 9kg, boleh lah nak menggendong
.
Kalau bawa stroller karang ada yang kene masuk oversized luggage kalau stroller besar sgt dan satu hal lagi nak menyimpan dn nk membawa dengan beg2 pakaian yang lain, dengan carrier kita ada free hand. Jangan takut berat, suami kan ada 😂

 

Image may contain: indoor

4. TEMPAH FLIGHT SEAT
.
Jika ada pilihan , pilih lah tempat duduk di paling hadapan sekali yang ada ruang untuk “baby bassinet”, boleh request pada airlines utk dapatkan bassinet. Tapi tempat duduk ini sangat sangat terhad
.
Jika tak dapat, pilihan seterusnya adalah tempat duduk sebelah laluan atau “aisle”. Ini memudahkan untuk kita keluar masuk ke tandas juga mempunyai ruang lebih di sisi kita. Tapi bagi anak yang sudah pandai mencapai, HATI-HATI takut bila makanan di edarkan, takut tangannya mencapai makanan panas.

 

No automatic alt text available.

5. GUNAKAN LAMPIN PAKAI BUANG “PULL UPS”
.
Sepanjang trip jangan gunakan pampers biasa, pilih jenis “Pull ups” yang macam seluar tu. Tarik je terus utk pasangkan, pantas kerja kita untuk menukar

 

No automatic alt text available.

6. BAWA ALAT PERMAINAN

Bawa alat permainan kegemaran nya, ini wajib untuk memastikan anak kita tidak bosan.

 

No automatic alt text available.

7. AIR PRESSURE

Bila kapal terbang sedang berlepas, pastinya air pressure akan membuatkan kita tidak selesa, rasa telinga nak meletup kan. Begitu juga untuk anak kita, salah satu tips untuk mengurangkan ketidak selesaan adalah dengan menyusukan anak pada waktu ini.
.
Pergerakan mulut akibat tindakan menyusu akan membantu mengurangkan tekanan pada telinga. Sama seperti kita, mengunyah chewing gum.

 

Image may contain: text

8. SABAR x 18 x 1000
.
Dan tips yang terakhir, BANYAK BANYAKKAN BERSABAR
Bawa anak ni memang kita kene bersabar, walaupun dah bersedia dengan 1001 tips, tapi ragam anak ni, ikut dia lahkan, waktu nak berlepas lah baru dia nak “ek ek” sudah sabar dulu dengan “bau”, flight dah steady baru boleh tukar pampers
.
Dan di nasihatkan juga bagi yang travel, lepas tu ada Bayi dalam flight bersama, walaupun bukan bayi kita, tapi sama-samalah bersabar ya. Jangan komplen, apelah anak dia ni tak reti duduk diam masa flight, nangis jer… eh eh macamlah anda masa kecil tak pernah menangis kan.
.
Anak anak ini amanah, bukan sahaja amanah ibu bapa tetapi amanah kita juga sebagai fellow traveller. Sama-sama bantu keluarga yang membawa bayi ini. Kita bantu orang, orang bantu kita di kemudian hari
.
Ok semua ibu bapa, di harap tips ini dapat membantu untuk menaikkan semangat traveller anda. Jangan kerana ada anak kecil dah tak nak travel. Travel lah ketika anak masih kecil kerana ragamnya tak susah dan kosnya lebih rendah.

Sumber: Rarecation.com

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: