News!!

Kekeliruan Isu Hanya 25 Agensi Umrah Sahaja Yang Dibenarkan Menjual Pakej Umrah.

 

Telah tersebar di dalam ‘group’ Whatsapp dan Telegram yang menyatakan bahawa hanya 25 syarikat travel sahaja yang dibenarkan beroperasi di bawah Lesen Khas Umrah (LKU) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan. Hal ini telah menimbulkan kebimbangan jemaah yang telah mendaftar dengan selain dari 25 syarikat travel tersebut.

Mesej tersebut berbunyi;

“Senarai 25 travel agenci (stage pertama) yang telah diberikan Lesen Khas Umrah (LKU) semasa Majlis Pelancaran Lesen Khas Umrah petang semalam:

1. TH (Tabung Haji) Travel
2. Andalusia travel
3. Lintas travel
4. Rayhar travel
5. Falcon travel
6. Juara travel
7. Suka jaya travel
8. Addin travel
9. WHA travel
10. Al naile travel
11. Gemilang Travel
12. Poto travel
13. Sila tour & travel
14. Dinar holidays
15. Hidayatul travel
16. Deliver travel
17. Ar raudhah travel
18. Rey-z travel
19. Jasa mabrur travel
20. BK travel
21. Persada oasis travel
22. Maad travel
23. Trippez travel
24. HRM travel
25. Mursyid al haramain travel

Untuk makluman juga mana-mana travel agenci yang tiada Lesen Khas Umrah tidak dibenarkan menjual pakej umrah. Senarai di atas yang sudah diluluskan buat masa ini. Ini adalah inisiatif Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) di bawah Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (MOTAC) bagi mengelakkan kes penipuan umrah berleluasa.

Bagi sahabat yang merancang untuk menunaikan umrah sila selidik dahulu travel agency agar tidak menjadi mangsa penipuan. Sharing is caring.”

22140875_1585766294821608_6884709898073351588_n

SEBENARNYA BERITA YANG TERSEBAR TIDAK BENAR SAMA SEKALI.

25 syarikat travel itu adalah ‘first batch’ yang telah diberikan LKU lebih awal untuk diserahkan di dalam majlis Pelancaran Lesen Khas Umrah bersama Menteri pada 3 Okt 2017 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Jadi, jika anda ingin atau telah mendaftar Pakej Umrah dengan selain dari 25 syarikat travel yang tersebut, jangan bimbang kerana lesen akan dikeluarkan secara berperingkat untuk ‘batch’ yang seterusnya. Jangkaan antara 80-300 agensi travel yang akan mendapat LKU seterusnya.

AGENSI TRAVEL AKAN MENERIMA LESEN SECARA BERPERINGKAT.

Untuk makluman semua, sehingga 6 Oktober 2017 sebanyak 58 syarikat telah mempunyai Lesen Khas Umrah yang telah diluluskan berstatus Muassasah atau Bukan Muassasah. Yang penting, pastikan syarikat itu mempunyai lesen dari MOTAC – KPK (Lesen Kem. Pelancongan – Inbound, Outbound & Ticketing IOU).

MUAT TURUN SENARAI TERKINI 58 SYARIKAT YANG MEMPUNYAI LESEN KHAS UMRAH SEHINGGA 6 OKTOBER 2017 melalui link berikut:

https://drive.google.com/open…

WhatsApp Image 2017-10-06 at 18.25.51

Justeru, mohon hebahkan informasi ini untuk mengelakkan situasi ‘panik’ jemaah dan mengganggu proses pengurusan umrah bagi selain dari 25 syarikat tersebut. Boleh rujuk Matta/Bumitra atau Kementerian Pelancongan sendiri untuk pengesahan maklumat ini.

Kesian pada emak, ayah, adik beradik dan saudara mara kita yang sudah mendaftar pakej melalui agensi tertentu yang pastinya mereka telah meyakini dan mempercayai krebiliti syarikat tersebut. Dek kerana 25 nama agensi di atas tersenarai dulu, habis periuk nasi agensi lain terjejas.

Jenuh pula pihak pengendali umrah yang berlesen tadi nak menjawab persoalan daripada peserta umrah mereka yang sudah membayar tempahan. Orang kita ni pantang dengar berita, cepat sangat melompat jadinya. Mohon jangan ada pihak yang menangguk di air yang keruh.

Pastikan mendapat maklumat sebenar dan rujuk syarikat yang telah anda mendaftar dengan berhemah. Jangan pula marah tak tentu fasal. Terus tarik diri tanpa merujuk dengan maklumat yang sahih.

Sesungguhnya kerjabuat sebagai pengendali umrah adalah satu cabang ibadah untuk memudahkan pengurusan umrah seluruh umat Islam bukan menyulitkan mereka dengan agenda kepentingan peribadi dan keuntungan agensi travel semata-mata.

Sila share dan tag kawan-kawan kita semua untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Silap berita nanti akan ada yang teraniaya.

Ikhlas,
Shauqi Hasan
Mutawif Rarecation Umrah
Al Balad Travel and Tours Sdn. Bhd.
No. 7596 KPK/LKU 0052
.
.

www.rarecation.com/umrah

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: