News!!

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Tahun Masihi dan Sebelum Masihi

Sedang seronok membaca tetapi kurang jelas mengenai maksud tanda SM atau M  yang tercetak di dalam buku. Admin kongsikan maklumat dari penulis ini untuk kita sama-sama manfaatkan.

Pernah anda membaca kisah, cerita atau catatan sejarah? Di dalam setiap catatan mahupun cerita sejarah, pasti penulis buku itu akan menyelitkan sekali tarikh yang tahunnya akan diakhiri perkataan SM atau M. Jika anda membaca buku sejarah dalam bahasa Inggeris, anda akan menemui pula catatan tarikh yang tahunnya akan diakhiri dengan perkataan AD, CE mahupun BCE. Apakah makna semua ini dan di mana perbezaan di antara perkataan SM, M, AD, BCE dan CE? Jadi, jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai, teruskan membaca artikel saya kali ini. Ringkas dan padat.

SEBELUM MASIHI (SM).

Tahun sebelum Masihi merupakan tahun yang dihitung di dalam kalendar sebelum kelahiran Jesus. Di dalam bahasa Inggeris, ianya disebut sebagai Before Christ (BC) atau Before Common Era (BCE). Tahun dalam hitungan sebelum Masihi dihitung dari tahun 1 SM, iaitu 1 tahun sebelum hitungan tahun kelahiran Jesus iaitu bermula pada 1 Masihi (M). Hitungan tahun sebelum Masihi dihitung mundur dari angka 1 SM. Jadinya ia dianggap sebagai hitungan negatif. Hitungan seperti ini dibuat untuk memudahkan para pengkaji sejarah mahupun ilmuwan mengetahui atau meletakkan tarikh, tahun atau peristiwa yang berlaku sebelum kelahiran Jesus.

Contoh yang boleh diberikan:

“Raja Zhuangxiang bertakhta selama 3 tahun dan mangkat. Putera mahkota Ying Zheng menaiki takhta menjadi raja, lalu mengangkat Lu Buwei menjadi perdana menteri negara serta Ying Zheng memanggil Lu Buwei sebagai ayah kedua”.

Kitab Sejarah ditulis oleh Sima Qian ( 135 SM – 87 SM ).

Dari contoh di atas, kita dapat melihat nama penulis Sima Qian dan tahun kelahirannya yang bermula dari tahun 135 SM sehingga ke tahun kematiannya pada tahun 87 SM. Peristiwa di atas berlaku ketika era Negara-negara Berperang di tanah China yang diketahui berlaku beratus-ratus tahun sebelum kelahiran Jesus.

MASIHI (M).

Di dalam bahasa Latin ianya dikenali sebagai Anno Domini (AD) yang bermaksud ‘Tahun Tuhan Kita’ dan dalam bahasa Inggeris ianya dipanggil sebagai Common Era (CE). Tahun dari hitungan Masihi dihitung positif dari tahun 1 M, kelahiran Jesus sehingga sekarang.

Contoh yang boleh diberikan:

Pemerintahan Bani Uthmaniyyah berlangsung selama enam abad iaitu dari tahun 1299 M sehingga 1923 M.

Begitulah serba ringkas pengenalan mengenai tarikh yang mencatatkan tahun Masihi ataupun Sebelum Masihi.

 

Sumber: The Patriots

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: