News!!

Infused Water, Sekadar Alternatif Kepada Yang Tak Suka Minum Air Kosong?

 

APA SEBENARNYA INFUSED WATER ?

Infused water adalah air putih biasa yang sudah direndamkan bersama beberapa potongan buah-buahan atau herbal. Infused water sudah menjadi satu gaya hidup kesihatan yang banyak diamalkan ketika ini. Apakah manfaatnya sehinggakan terdapat banyak resepi-resipi infused water muncul dilaman-laman web kesihatan?

Seperti yang  kita ketahui, minum air adalah satu amalan yang baik untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Ia itu membantu mengawal suhu badan, melindungi organ vital, dan mampu memperbaiki penampilan fizikal anda. Akan tetapi, meminum air kosong biasa setiap waktu pastinya membosankan apatah lagi pada mereka yang gemar dengan minuman bergula dan berperisa.

Infused water adalah salah satu alternatif terbaik yang boleh and cuba untuk “membudayakan” minum air  kosong demi menjaga kesihatan anda.

Ada pelbagai jenis buah-buahan dan herba yang dapat digunakan untuk menghasilkan infused water. Dalam sebotol infused water, Anda boleh mencampurkan lebih dari 1 jenis buah atau herba untuk mendapatkan variasi rasa yang menyegarkan.

Cara penyediaanya yang sangat mudah dan anda boleh menyediakannya sendiri di rumah dalam masa yang singkat. Antar pilihan jenis buah-buahan yang sering dimanfaatkan adalah buah yang memiliki rasa masam dan manis kerana ia mampu menghasilkan rasa dan aroma yang lebih menyegarkan seperti; epal, pir, kiwi, limau, lemon, anggur, strawberry, blueberry, atau timun.

Ada juga jenis buah-buahan yang dianggap tidak sesuai untuk dijadikan infused water, bukan karena kandungan khasiatnya, tetapi kerana teksturnya. Misalnya buah-buahan seperti betik, mangga, pisang, apricot, dan tembikai yang mudah rosak dan masam apabila direndam di dalam air pada waktu yang lama.

Cara Membuat Infused Water

Pertama sekali ialah mencuci buah-buahan, sayur, herba, atau bahan-bahan lainnya sampai benar-benar bersih. Kemudian lakukanlah langkah-langkah seperti di bawah ini:

  • Pertama, masukkan buah atau herba ke dalam bekas atau botol infused water yang bersesuaian. Gunakan sudu besar/ seduk kayu untuk menekan bahan-bahan tadi sehingga keluar sebatiannya. (Tips:  Untuk mengilangkan rasa pahit limau, buanglah dulu kulitnya. Sekiranya anda menggunakan lemon,  2 potongan sederhana sudah mencukup bagi 1000 ml air untuk mendapatkan rasa lemon yang hebat)
  • Kedua, gunakan ramuan rempah-rempah atau herba dan ditumbuk sedikit. Ianya bertujuan untuk membantu melepaskan ekstrak dan perisa ramuan apabila bercampur dengan air.
  • Terakhir, tambahkan air putih biasa, air mineral ke dalam botol yang telah disiapkan dan simpan di dalam peti sejuk.
  • Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 4 – 5 jam. Sebaiknya siapkan bekalan anda sebelum tidur dan keesokan paginya boleh terus dibawa ke tempat kerja.

Tips : Air infused water boleh di guna 2 kali, jika air yang sedia ada sudah habis diminum anda boleh isi semula sekali lagi hingga penuh dan tunggu 30 minit atau 1 jam sebelum minum. ntuk lemon, guna 2 slides dah cukup bagi 1000 ml air, kan lebih air jadi sangat masam lemon

Kebaikan Infused Water

Secara amnya, minum air kosong yang cukup akan meningkatkan metabolisme kita secara semulajadi. Namun, ramai yang ada kekangan untuk minum sekurang-kurangnya 2L air kosong sehari seperti yang disarankan untuk mendapatkan kesihatan optimum.

  1. Bantu memperbaiki mood. Emosi tidak stabil buat kita mengidam makanan manis.
  2. Bantu buang toksin dari sistem. Detoks badan kita.
  3. Buat kita rasa kenyang. Jadi kita tak cenderung nak kudap junk food.
  4. Bantu badan melepaskan sel-sel lemak secara semulajadi. Sekaligus bantu buang lebihan berat air dalam badan.
  5. Bantu makanan bergerak lancar dalam sistem pencernaan kita. Lebih lawas.
  6. Bantu organ dalaman sihat, ketika kita berpeluh.
  7. Bantu mengurangkan rasa sengal otot ketika bersenam.
  8. Bantu kita kembali segar dengan cepat selepas bersenam.
  9. Bantu mengelakkan rasa lemau tak bermaya di waktu petang.

Kandungan Nutrisi Infused Water

Dengan infused water, anda bakal mendapatkan vitamin, mineral, dan antioksidan yang semula jadi terdapat di dalam buah, rempah, herba, maupun bahan lainnya.

Selamat Mencuba.

Diolah semula, sumber: DHerba

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: