News!!

10 Terjemahan Al-Quran Diharamkan Oleh KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mewartakan perintah larangan terhadap 22 penerbitan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Daripada jumlah itu, 10 daripada penerbitan itu, berpunca daripada isu terjemahan al-Quran tanpa teks asal ayat suci berkenaan, kata Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Menurutnya, penterjemahan dalam bahasa lain wajib dilakukan mengikut ayat asal al-Quran bagi menjamin aspek ketepatan, selain dilaksana berdasarkan kaedah bahasa Arab yang menggariskan peraturan tertentu.

“Semua penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana mempunyai kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan moral dan kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan, yang dipetik oleh portal Berita Harian hari ini.

“Mana-mana individu atau syarikat penerbitan yang dikesan melanggar perintah larangan ini dan disabitkan bersalah boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya seperti ditetapkan mengikut Seksyen 8(2) Akta 301.

“Orang awam yang mengesyaki sebarang penerbitan melanggar undang-undang boleh membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui sistem pengaduan awam bersepadu KDN di laman web moha.spab.gov.my,” katanya.

Selain itu, katanya, penerbitan berkenaan dikhuatiri berupaya mengelirukan pembaca, terutama generasi muda.

Justeru, beliau berkata, sebarang pencetakan, pengimportan, penghasilan, penerbitan, penghasilan semula, penjualan, pengeluaran, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan terbabit adalah dilarang secara mutlak di negara ini.

Berikut antara tajuk penerbitan yang dilarang:

1. Terjemahan Al- Qur’an

2. Al- Qur’an Translation

3. The Meaning of The Glorious Qur’an Korean Edition

4. The Meaning of The Holy Quran (Chinese Translation Edition)

5. The Meaning of Al- Qur’an (The Guidance for Mankind)

6. The Quran Modern English Translation (640 muka surat)

7. Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu

8. The Quran Modern English Translation (431 muka surat)

10. Translation of The Quran

Sumber: Malaysia Kini

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: