News!!

Kumpulan Tandzim Al-Qaeda Malaysia (TAQM) Rekrut Banduan Jadi Pengganas

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Dua daripada lapan lelaki yang ditahan Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi di Sabah, Sela­ngor dan Perak pada 27 September hingga semalam merupakan bekas banduan yang dipercayai aktif merekrut tahanan di Penjara Tapah, Perak untuk menganggotai kumpulan pengganas.

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Dua daripada lapan lelaki yang ditahan Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi di Sabah, Sela­ngor dan Perak pada 27 September hingga semalam merupakan bekas banduan yang dipercayai aktif merekrut tahanan di Penjara Tapah, Perak untuk menganggotai kumpulan pengganas.

Suspek berusia 53 dan 37 tahun itu disyaki merekrut banduan ketika masih dalam tahanan dan seterusnya merancang untuk mencetuskan konflik antara kaum dan agama dengan melancarkan serangan ke atas rumah ibadat membabitkan agama Islam, Kristian dan Hindu di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kedua-dua suspek tersebut ditahan semalam di Tapah, Perak dipercayai telah berjaya merekrut dua rakyat Malaysia untuk menganggotai Kumpulan Tandzim Al-Qaeda Malaysia (TAQM).

“Mereka adalah bekas banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) di Tapah dan pernah ditangkap pada 7 Februari 2013 kerana terlibat dalam aktiviti keganasan sebelum dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun bermula dari tarikh tangkapan pada 27 Januari tahun lalu.

“Selain itu, suspek berusia 53 tahun yang ditangkap di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA) serta pernah menjalani perintah tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 turut disyaki melindungi maklumat mengenai salah seorang anggota TAQM yang dikehendaki polis dan masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fuzi, sebelum penahanan dua bekas banduan tersebut, pihaknya turut menahan lima lelaki di Sandakan, Sabah pada 27 September lalu sebelum memberkas seorang pensyarah undang-undang di sebuah universiti awam di Selangor pada 1 Oktober lalu.

Katanya, lima suspek yang ditahan di Sandakan, Sabah terdiri daripada dua rakyat tempatan, seorang warga Filipina pemegang status pemastautin tetap (PR) dan dua warga Filipina itu berusia antara 30 hingga 53 tahun.

“Mereka disyaki terlibat dalam aktiviti membantu penyusupan masuk anasir-anasir pengganas Kumpulan Abu Sayyaf ke Malaysia melalui negeri itu. Operasi tersebut merupakan susulan daripada tangkapan tujuh anasir sel Kumpulan Abu Sayyaf pada 14 September lalu di ibu negara.

“Pada 1 Oktober lalu pula, kita menahan seorang lelaki warga Albania berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pensyarah undang-undang di sebuah universiti awam kerana disyaki mempunyai hubungan dengan anggota kumpulan pengganas Daesh di luar negara,” ujarnya.

Tambah beliau, kesemua suspek ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Media sebelum ini melaporkan, sekumpulan enam rakyat tempatan dan dua warga Filipina berusia antara 25 tahun sehingga 52 tahun yang dipercayai anggota militan Abu Sayyaf yang disyaki merancang serangan ketika majlis penutupan rasmi Sukan SEA 2017 dan sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional ditahan dalam serbuan di Cheras, di sini, 30 Ogos lalu.

Susulan penahanan itu, polis turut berjaya mematahkan cubaan tiga kumpulan pengganas yang merancang serangan sama apabila 19 individu termasuk 11 warga asing diberkas dalam serbuan di sekitar ibu negara, Selangor, Johor dan Kelantan bermula 4 Julai sehingga 30 Ogos lalu.

Sumber: Utusan Online

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: