News!!

Fahaman Liberalisme, Ibarat Kudis Yang Menjadi Barah

PEMIKIRAN golongan liberal berkiblatkan Barat yang sama ada sengaja atau tidak, seringkali cuba mengelirukan masyarakat Islam dengan hujah kelihatan bernas tetapi bertentangan dengan agama. Contohnya kewajipan menutup aurat atau menunaikan solat sering diperkotak-katik malahan ada puak liberal yang mengaku Muslim dengan berani mendakwa mereka mempunyai hak untuk mentafsir al-Quran mengikut logik akal mereka.

Liberalisme Barat telah menjadi agenda yang cukup menjadi semacam kanser di negara Islam, mereka masuk dengan pelbagai cara. Kalau di Indonesia pada tahun 2006 bila diisytiharkan Deklarasi atau Prinsip-­prinsip Jogja, tamparan cukup hebat kepada negara Islam. Kenapa mereka pilih Jogja untuk mengadakan prinsip-prinsip yang mengiktiraf hak LGBT dan sebagainya?

Mereka ingin memperlihatkan kepada dunia, tengok sebuah negara Islam yang besar pun kami berjaya buat satu deklarasi yang mengiktiraf hak LGBT. Mereka cuba masuk ke Malaysia dengan fahaman liberal, dengan fahaman plural, masuk melalui konsert yang merosak akhlak, budaya yang jauh daripada setempat yang sudah pasti jauh daripada agama Mereka cuba masuk. Tapi yang pen­ting bagi saya adalah resistanceatau penolakan daripada orang Islam harus kuat dan lantang.

Malangnya, dia tidak akan kuat dan lantang kalau hanya cebisan yang lakukan. Ia perlu jadi usaha yang bersifat kolektif baru ada kekuatan dan baru ada kelantangan. Cukup setakat ini kita berurusan dengan fahaman remeh. Kita ada isu yang besar sekarang, isu ancaman agama, isu ancaman terhadap al-Quran, syariah, sunnah Rasul. Ini adalah tugas dan tanggungjawab kita.

Mereka masuk dengan cara yang berstruktur. Pesanan yang yang selalu kita dengar “benda yang benar kalau kita tidak urus de­ngan baik akan diatasi oleh benda yang salah dan apabila yang salah ditadbir dengan baik akan menjadi benar.”

Kita berjuang di atas benda yang benar untuk memperjuangkan agama kita tapi kita tak urus dengan baik, kita akan diatasi dengan kebatilan. Comango ini batil tapi berstruktur. Gerakan libe­ralisme batil tapi berstruktur. Gerakan pluralisme batil tapi berstruktur. Bila mereka berstruktur kita lawan mereka tanpa struktur, ini satu benda yang parah. Kita kena berstruktur.

Liberalisme adalah gerakan dan falsafah hidup yang meletakkan idea kebebasan sebagai prinsip tertinggi dalam usaha membebaskan manusia daripada sebarang kawalan moral dan menggantikan peranan agama dalam mengatur kehidupan individu serta masyarakat.

Sumber : Ismaweb

Muhammad Syafiee

Aktivitis Pembina Shah Alam

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: