News!!

Anda Tahu Bagaimana Nak Buang Blacklist PTPTN?

Berhasrat nak keluar negara kerana ada urusan, malangnya nama dah kena BLACKLIST!..Jangan risau, Admin kongsikan langkah-langkan bijak yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini. Bacalah perkongsian dari Rarecation ini.

  1. LANGKAH MUDAH BUANG BLACKLIST PTPTN
    Mimpi ngeri setiap traveller, tiket dah beli, beg dah packing, JIWA sudah tiba di destinasi… TIBA -TIBA NAMA BLACKLIST…. alamak alamakJangan risau ini langkah demi langkah kami kongsikan bagaimana untuk menyelesaikan masalah niTERDAPAT 3 BAHAGIAN
    1. Semakan status
    2. Semakan nilai tunggakan
    3. BayaranBoleh baca, SHARE & tag rakan-rakan se”PTPTN” kita
    Tapi sebaik-baiknya jangan lah buat perkara ni masa dah tiba di KLIA ya, sebaiknya biar 1-2 bulan sebelum travel.

Image may contain: text

SEMAK STATUS

Pertama sekali semak status kita di website :
http://sspi2.imi.gov.my/

Letak nombor kad pengenalan dan kalau hasilnya
“SILA RUJUK KE PEJABAT IMIGRESEN TERDEKAT”

Maknanya dah kene block lah tu

Tapi kalau dah sedar diri memang ada pinjaman PTPTN terus lah bayar ya, tak perlulah sampai kene blok baru nak membayar yer, pesanan ikhlas dari yang dah pernah terkena…. uhuk uhuk uhuk, sedih 2 minit.

No automatic alt text available.

2. SEMAK NILAI TUNGGAKAN

Sebelum bayar kene lah tahu berapa nilai yang nak di bayarnyakan.Jadi perlu semak di website PTPN :

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung

Tekan pada butang “SEMAKAN PENYATA PINJAMAN”

 

Image may contain: text

Nanti dia akan masuk ke ruang seperti dalam foto ni, letak nombor kad pengenalan nanti akan keluar link

“PENYATA KIRA-KIRA PEMBIAYAAN UJRAH”

 

Image may contain: text

Tiba di akaun anda semak di bahagian PENYATA BAKI

 

Image may contain: text

Dari penyata baki tersebut, semak NILAI TUNGGAKAN
Untuk memastikan anda BERSIH DARI SENARAI BLACK LIST

WAJIB BAYAR TUNGGAKAN TERSEBUT !!!!

 

No automatic alt text available.

3. BAYARAN

Cara termudah adalah dengan menggunakan M2U
Masuk ke akaun anda dan pergi ke “Bill Payment”

 

No automatic alt text available.

Pilih pada “Make one Off Payment”

 

No automatic alt text available.

Pilih “Education & Education Loans”

No automatic alt text available.

Pilih “PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan”

 

Image may contain: text

BUAT BAYARAN

Kemudian teruskan bayaran, ingat ya, sekurang-kurangnya 25% dari NILAI TUNGGAKAN atau mengikut nilai yang anda dapat dari PTPTN. Jika dapat bayar semua lebih baik.

 

Image may contain: text


MAKLUMAN

Selesai bayaran boleh hubungi hotline PTPTN 03 2193 3000 untuk makluman. Kebiasaannya tidak mengambil masa yang lama untuk “remove” nama kita dari Blacklist dan boleh lah kita mengembara dengan hati yang lebih TENANG

Oh ya, waktu ini PTPTN sedang mengadakan promosi, ada rezeki lebih elok bayar semua ya.

Terima kasih kerana baca hingga habis.

Akhir kata , “Bayar lah hutang sebelum kene BLOCK”

Sumber: Rarecation.com

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: