News!!

Pesta Jerman, Penganjur Tekad Untuk Teruskan Meskipun Ditentang

BANGI, 14 Muharram 1439H, Rabu – Penganjur pesta makanan ‘Centro Mall German Food & Beverage Festival’ menunjukkan sifat sebenar mereka yang bongkak dan degil apabila tetap mahu meneruskan festival itu, meskipun ditentang pelbagai pihak.

Pengerusi Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim berkata, penganjur bertindak melampau kerana mencabar pihak berkuasa termasuk polis.

“Ketua Polis Negara sendiri sudah keluarkan kenyataan mengatakan ada ancaman keselamatan, mengapa terlalu berdegil? Nyata mereka mempunyai agenda jahat tersendiri,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Kelmarin, Naib Pengerusi parti rasis dan cauvinis DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, pihak penganjur akan tetap meneruskan festival makanan itu berdasarkan kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh MPK sebelum ini.

MPK didakwa memberi ‘lampu hijau’ kepada acara itu dan meminta penganjur tidak memaparkan perkataan “Oktoberfest”.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin semalam, mengesahkan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tidak mengeluarkan permit kepada penganjur, Centro Properties Group Sdn Bhd ekoran kegagalan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan.

Mengulas lanjut perkara itu, Ustaz Omar berkata, penganjur langsung tidak sensitif dengan budaya timur, adat resam orang Melayu dan agama Islam.

“Malaysia sebagai negara Islam tidak seharusnya meneruskan sebarang pesta seumpama itu.

“Jika kita mengkaji sedikit sejarah Oktoberfest, ia memang tidak ada kaitan dengan Malaysia. Pada 12 Oktober 1810, penduduk Munich dijemput untuk menghadiri satu acara meraikan King Ludwig 1 di gerbang di raja di Munchen. Bermula pada 1887, restoran dan kilang arak mula menghidangkan arak dan menjadi tradisi hingga ke hari ini.

“Contohnya pada 16 hari pada 2013, 7.7 juta liter arak di minum di Jerman sahaja. Ternyata ini bukan berasal dari negara kita, mengapa ada pihak terlalu mempertahankan perkara ini dan bersungguh untuk melaksanakannya,” soalnya kesal.

Sumber: Ismaweb

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: