News!!

AyoPoligami – Aplikasi Khas Untuk Membantu Wanita Bujang dan Janda?

JAKARTA – Sebuah aplikasi khusus untuk pengamal poligami mencetuskan kontroversi di Indonesia, negara yang memiliki penduduk Islam paling ramai di dunia.

Pembangun aplikasi itu bagaimanapun berkata, niatnya murni untuk membantu wanita bujang dan janda usia pertengahan mendapatkan suami.

Ayo Poligami atau bermaksud ‘mari berpoligami’ merupakan aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun percuma.

Ia memadankan lelaki Islam berkahwin atau bujang dengan wanita yang mahu memiliki ‘sebuah keluarga besar’.

Aplikasi itu menarik 56,000 ahli sejak dilancarkan pada April lalu, demikian menurut pembangunnya, Lindu Cipta Pranayama.

Namun, aktivis-aktivis hak wanita terus mengkritik aplikasi itu dan memberi amaran bahawa amalan poligami mempunyai kaitan dengan keganasan rumah tangga.

“Kerana kontroversi ini, saya pada mulanya mahu menutup aplikasi tersebut tetapi menukar fikiran apabila melihat ramai wanita berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an yang belum berkahwin.

“Bayangkan pada usia begitu anda tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki,” kata Lindu. – AFP
Sumber: Kosmo Online

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: