News!!

10 Tips Merancang Trip Umrah Bagi Pasangan Suami Isteri Yang Mencari Pakej Mesra Warga Emas Dan Anak Kecil

Dalam menunaikan ibadah umrah dan haji semua orang mengimpikan harga pakej yang murah, penginapan yang dekat dan pastinya keselesaan sepanjang berada di Haramain. Saya kongsikan beberapa tips dalam pemilihan pakej mengikut bajet dan kemampuan masing-masing.

1. PILIHAN PENERBANGAN TERUS ATAU TRANSIT?

Jangan hanya melihat pakej itu murah maka ia terus menjadi pilihan. Mahal atau murah sesuatu pakej mesti ada sebab musababnya.

Ada beberapa jenis penerbangan yang ditawarkan pihak airlines yang murah tetapi melalui transit. Antaranya ialah PIA, BIMAN AIR, OMAN. Ada flight yang murah tetapi ‘class’ seperti Etihad, Emirates ,Brunei dan Singapore Airlines tetapi masa transit memakan masa yang lama atau berhenti transit beberapa kali. Ini menjadikan masa perjalanan itu lama dan memenatkan bagi sesetengah jemaah.

Charter Flight: Flight jenis ini akan membawa kesemua penumpangnya yang buat umrah atau haji untuk satu penerbangan seperti MAS, Saudi Airlines, AirAsia, Flynas dan beberapa lagi. Kebarangkalian untuk delay itu ada malah mana-mana airlines boleh terkena delay tetapi dengan carter flight peratusan itu tinggi. Kelebihannya ia PENERBANGAN TERUS (direct flight) dan MURAH. Kerusi dan kedudukan tempat duduk sederhana selesa.

DSC01895

Flight Saudi dan MAS yang bukan charter flight. Tiket murah boleh juga jadi mahal bila ia dibeli lewat atau kelas yang tidak sama walau dalam flight yang sama ada tiket harga murah kerana berbeza kelas. Tiket juga mahal pada peak season terutamanya pada cuti sekolah. Jadi jika kita nak pilih sebarang pakej kenal pasti dulu syarikat penerbangan kita supaya dapat elakkan kemungkinan ditipu agensi yang tidak bertanggungjawab.

Pernah berlaku kepada sahabat saya, bila sampai hari nak berlepas rupanya tidak ada tiket yang ditempah oleh pihak agensi dan jemaah tersangkut di lapangan terbang. Untuk tindakan yang lebih bijak, nasihat saya sentiasa merujuk pihak pengendali umrah sebulan sebelum berlepas untuk dapatkan PNR kita. Apa tu PNR? Ia adalah Passanger Name Record (PNR) yang dikeluarkan oleh pihak airlines bila kita sudah tempah tiket ke destinasi tertentu.

Dalam industri penerbangan dan perjalanan, rekod nama penumpang (PNR) adalah rekod dalam pangkalan data sistem tempahan komputer (CRS) yang terdiri daripada maklumat peribadi untuk penumpang dan juga mengandungi jadual untuk penumpang, atau jemaah yang tempah secara berkumpulan.

2. JANGAN BAJET MAKANAN SEPERTI DI RUMAH SENDIRI!

Makan di hotel atau tidak juga penyebab sesuatu harga pakej menjadi mahal dan murah. Kadang-kadang menu makanan yang disediakan oleh katering tidak sama. Ada yang murah hanya 2 jenis lauk. Ada yang mahal 3, 4 dan 5 jenis lauk. Buah-buahan atau manisan ada yang dihidang ada yang langsung tak ada. Semua ini bergantung kepada pakej yang kita ambil mahal atau murah.

Satu yang WAJIB kita tahu masa nak pilih pakej yang berkaitan makan ni. (Ingat, isu makanan ni sangat sensitif! Terutamanya kalau ada jemaah yang cerewet tentang apa yang dia suka makan).

kena tahu terma FB dan HB! Fb bukan untuk Facebook, tetapi FULL BOARD. Maksudnya makanan disediakan lengkap untuk jemaah TIGA kali sehari. Kalau ada tambahan itu extra servis dari mutawwif atau agensi.

HB? Bukan Hemoglobin yer, Tapi maksudnya HALF BOARD iaitu hanya disediakan sarapan sahaja. Biasanya di dalam pakej umrah mampu pergi insha Allah akan dapat tiga kali makan, hanya umrah pakej premium sahaja yang dicadangkan HB. Kalau duduk di hotel mewah, mahal nak bayar makan sahaja. Kena pula tak kena dengan selera, hujungnya makan kebab kat restoran bawah hotel juga. Yang dibayar terbazir macam tu sahaja.

Sedikit tips tambahan, kebiasaannya masakan di Mekah lebih enak dan sedap berbanding Madinah. Kenapa? Itu bergantung kepada pihak katering yang sediakan.

Tetapi bagi jemaah saya, selalunya saya bawa mereka makan di restoran nasi arab sekitar Aziziah di Mekah atau bandar Madinah. Biasanya sahabat jemaah lelaki yang hantu nasi arab makan dengan daging kibas atau unta muda. Ini tidak termasuk dalam pakej ya. Kena request dengan mutawiflah. Macam saya, memang saya ada bawa jemaah saya. Siap tempah hantar ke penginapan kalau tak larat nak keluar.

Mekah

3. BERAPA HARI YANG SESUAI UNTUK TUNAIKAN UMRAH?

Secara umum jemaah akan tinggal di Madinah 3 hari dan Makkah 7 hari. Ada juga travel agensi yang singkatkan di Mekah 5 hari. Dari situ pakej akan menjadi murah atau dikurangkan hari di Madinah. Semua bergantung kepada tarikh dan hari yang ditentukan oleh pihak agensi mengikut kesesuai masa jemaah yang nak beribadah. Apa pun pilihan di tangan kita. Nak duduk lama, selalunya kena tambah sikit kosnya.

Pakej yang saya sediakan memang dah tetap dalam 12 hari 10 malam. Tujuannya untuk kita ada lebih masa di Madinah sekitar 4 hari, dan Mekah selama 8 hari. Kerana di sana ada agenda seperti kuliah dhuha dan perkongsian khusus yang saya perlu sampaikan untuk memastikan jemaah jelas tujuan dan matlamat umrah kita di sana. Bukan semata-mata mahu beribadah sahaja, tetapi kefahamannya sesuatu ibadah itu yang lebih penting.

Di Madinah, kita akan bermula dengan sesi taaruf, kenali setiap ahli jemaah kita seramai 45 orang. Dari situ bermulanya ukhuwah dan silaturrahim yang akan kekal sampai balik ke Malaysia nanti. Dah jadi macam keluarga. Bila kita sudah berjalan selama TIGA HARI pertama, sebenarnya kita sedang melaksanakan SUNNAH MUSAFIR yang besar. Iaitu mengenal hati budi suami, isteri, anak-anak, saudara, kawan, sahabat dan ahli jemaah yang bersama kita.

Apalagi kalau di sana nanti kita akan habiskan masa bersama-sama selama 12 hari, bukan untuk bersuka ria tetapi dengan misi mendekat diri kepada Allah dan memahami tujuan, visi, misi dan matlamat agama. Itulah kemanisan dan nikmat bersaudara yang sukar untuk dijelaskan. Sampai balik kampung nanti, hubungannya dah jadi sangat istimewa. Tak percaya? Cuba pergi umrah dengan saya nanti!

Makkah Clock Royal Tower Hotel

4. JARAK HOTEL YANG RELEVAN UNTUK JEMAAH

Umumnya hotel dekat harga mahal. Hotel jauh harga murah.

Simple matematik. Tetapi dengan perkiraan mudah ini, kita kena letakkan sedikit nilai kemanusiaan di dalam keputusan kita memilih pakej. Ada warga emas, anak-anak kecil dan ibu mengandung yang memerlukan perhatian kita. Pada saya jarak sekitar 250-300 meter adalah satu jarak yang memadai.

Sekalipun berkerusi roda bagi orang tua kita, tetapi ia masih tidak menyukarkan kita dari segi perjalanan. Elakkan mengambil hotel di kawasan yang berbukit dan jauh ke belakang sehingga 1 km. (Kalau datang seorang, bujang dan kuat – tak apalahkan!) Tapi atas semangat kekeluargaan, masa ini kita nak berbakti kepada kedua ibubapa kita.

Antara jemaah yang paling tua pernah mengikuti pakej kami berusia 92 tahun (lelaki) dan berkerusi roda. Pada saya dan sahabat krew petugas, langsung tidak ada masalah untuk kami bantu uruskan, selang seli dengan anaknya sendiri untuk tolak kerusinya sepanjang berada di sana. Begitu juga dengan jemaah kami berumur 83 tahun (wanita), 7 kali buat umrah dan haji semua jarak hotel dia dah merasa. Sejauh 1000m sampai ke jarak 50m. Tapi apa yang membezakannya? Bukanlah pada jarak itu sangat tetapi layanan dan pengisian sepanjang program di sana nanti.

Jimat masa? Betullah tu.. tapi ada juga yang berpandangan, bila hotel dah dekat sangat ada pula yang jadi susah nak turun solat di masjid. Nauzubillahiminzalik. Tapi memang pernah ada jemaah yang mengaku bila penyakit MALAS dan datang. Ini saya pun tak boleh tolong!

Apa pun jarak hotel itu sebenarnya memberi peluang untuk kita melihat suasana sekitar Haramain, kenali lebih dekat bagaimana masyarakat,cara hidup dan budaya di sana. Banyak berjalan luas pandangan!

5. ZIARAH WAJIB DAN PILIHAN BERBEZA MENGIKUT PAKEJ.

Ada ziarah sekali di Makkah dan Madinah. Ada 2 kali di Makkah dan Madinah. Ada yang menambah mengikut kesesuaian. Bagi yang pertama kali menunaikan umrah, ziarah menjadi satu program wajib yang kita kena ikuti. Masukkan dalam nota peribadi untuk baca dan gali lokasi ziarah yang bakal dilawati, terutamanya yang mengandungi kisah sejarah dan berkenaan sirah nabawi.

Ambil perhatian juga, bukan kita seorang atau kumpulan kita sahaja yang akan pergi ziarah. Semua kumpulan agensi akan keluar serentak dan bertembung di lokasi ziarah. Ramai orang akan berkumpul dan masa, ruang dan tempat akan jadi agak terhad. Banyakkan membaca sebelum kita pergi menunaikan umrah. Jadi waktu ziarah nanti kita sudah dapat gambaran tentang penjelasan atau kisah yang disampaikan mutawif.

Berbeza dengan orang lain, saya lebih suka menyentuh sejarah dan sirah dalam konteks semasa, keluarga, parenting dan berkenaan dengan al-quran. Jadi penyampaian saya memang akan lain dari buku sejarah. Yang kita nak kutip adalah ibrah atau pelajaran untuk dibawa pulang. Kupasan siasah dan mauizah dari setiap peristiwa sejarah itu yang penting untuk kita fahami dan dalami.

Sejarah hanya tinggal sejarah. Hanya boleh ambil gambar dan rakam sebagai kenangan. Tetapi ILMU yang bermanfaat dan berguna, itulah pelajaran besar yang kita nak adaptasi dalam kehidupan, diri dan keluarga kita. Itu yang paling MAHAL.

DSC01677

7. MUTAWWIF MEMAINKAN PERANAN PENTING MENYAMPAIKAN ILMU DAN KEFAHAMAN KEPADA SELURUH JEMAAH.

Pasti ada perbezaan antara doktor pakar dan doktor biasa. Kedua-duanya adalah doktor tapi yang mahir dan berpengalaman yang membezakan gaji dan kualiti perhidmatan mereka. Begitu juga Mutawwif. Ada juga Mutawwif yang berkemahiran dan berpengalaman dibayar tinggi dan ada yang sama seperti Mutawwif yang baru. Ia pasti ada perbezaan seperti doktor pakar tadi. Apapun itu adalah mengikut persetujuan antara Mutawwif dengan travel yang mereka kendalikan.

Ini saya tak boleh nak komen lebih-lebih. Apa pun di dalam industri umrah ini memang sudah sdia ada ustaz-ustaz ternama dan selebriti yang menjadi ikon untuk diletakkan sebagai mutawif atau pelaris kepada pakej yang ditawarkan. Ini semua adalah strategi pemasaran oleh pengendali umrah bagi setiap pakej yang ditawarkan.

Kalau ambil kiasan contoh doktor dan doktor pakar tadi, semua mutawif ada kelebihan tersendiri. Semuanya terserah kepada kita sebagai pembeli pakej. Jika pentingkan NAMA dan JENAMA pasti ada harganya. Kami melalui pakej Rarecation Umrah, yang menjadi VVIP adalah anak yatim dan asnaf yang kami selitkan dalam jemaah yang kami bawa. Awal tahun 2018 insha Allah Tn. Haji Saiful Nang dan isteri akan ikut sekali menunaikan umrah.

Dia pun boleh jadi mutawif juga sambil mengambil gambar-gambar peserta umrah tanpa sedar dirakam sebagai memori terindah selama kita berada di sana. Bagi pasangan suami isteri, macam dapat perkhidmatan photografer paling hebat Malaya merakam momen honeymoon di Mekah dan Madinah. Alhamdulillah.

8. SERVIS PALING HEBAT ADALAH IKHLAS!

Servis yang diberikan oleh travel agensi adalah pelbagai cara mengikut kreativiti dan kesesuaian jemaah. Ada setengahnya membuat modul, memberi ‘special service’ yang lain dari travel yang biasa yang manfaat kepada jemaah mereka. Semua itu adalah tambah nilai kepada pakej yang dilihat mengikut keperluan pakej. KELAINANNYA hanya boleh diterjemahkan oleh jemaah sendiri.

Jadi untuk menilai sesuatu pakej itu mahal dan murah perlu pada kayu ukur sepertimana yang telah disebutkan. Bukan dilihat dari sudut harga semata-mata. Ianya subjektif mengikut pelbagai sudut pandang dari layanan hinggalah kepada nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang kita kecapi di sana nanti.

Tidak mengapa untuk pergi umrah dengan sesiapa pun yang penting orang ramai tahu dan berpengetahuan dalam menilai harga dan pakej umrah. Sentiasa berhati-hati di dalam membuat keputusan untuk memilih syarikat yang mempunyai kredibiliti dan rekod yang baik. Hari ni bagitu banyak kes penipuan berlaku dan terlalu ramai yang tertipu dengan pakej yang indah khabar dari rupa.

umrah

9. BILA MASA PALING SESUAI UNTUK TUNAIKAN UMRAH?

Dalam setahun ada beberapa waktu yang sesuai menjadi pilihan ibubapa dan keluarga besar yang berhajat menunaikan Umrah secara berkumpulan. Selalu nya mereka mengambil peluang waktu cuti sekolah.

Ramai yang memilih hujung tahun kerana tempoh cuti nya lebih panjang. Kena pula musim sejuk, jadi boleh dikatakan waktu ini adalah peak season yang mengumpulkan seluruh jemaah dari seluruh dunia serentak. Memang ramai yang ambil peluang kerana faktor cuaca sejuk yang akan berlangsung sehingga bulan Mac nanti.

Dalam bulan Mac akan ada satu lagi sesi cuti sekolah. Singkat saja rasanya tetapi tetap ramai orang kerana masih lagi dalam mood musim sejuk. Ramai cikgu dengan pasangan masing-masing ambil peluang waktu ini.

Pengantin baru pun ramai yang datang dengan keluarga masing-masing. Jadi honeymoon di Tanah Haram menjadikan pengalaman bercinta di Mekah dan Madinah satu kenangan yang sangat indah. Sampai yang veteran pun join sekali.

Pertengahan Mei dan Juln kebiasaannya umrah Ramadan berlangsung juga di dalam cuti sekolah. Waktu ini ramai cikgu-cikgu ambil peluang bawa keluarga dan pasangan untuk merasai pengalaman BERPUASA dan solat terawih di Haramain. Memang seronok. Lain dari bulan-bulan biasa. Sebab bulan ni suhunya panas boleh mencecah sampai 55°C. Panas tu.

Jadi kalau nak tunaikan umrah, rancang supaya kita benar-benar bersedia secara fizikal, mental dan spiritual. Jangan asal boleh saja ya.

L1010396

10. RARECATION UMRAH JEJAK RASUL 2018, EKSPEDISI SIRAH DAN SEJARAH.

Rarecation Umrah merupakan satu pengalaman unik untuk kita adaptasikan ibadah ritual kita kepada kefahaman aktual yang akan menjelaskan sains di sebalik ibadah umrah dan haji. Kupasan dan penjelasan inilah yang menambahkan lagi keyakinan kita di dalam beribadah dan mendalami ilmu dan sejarah agama.

Ditambah pula dengan penglibatan anak-anak yatim dan asnaf sebagai tetamu VVIP Allah dari RPWP yang akan bersama kita di sana nanti. Mereka juga bakal menjadi sahabat, teman dan pembantu kita di sana untuk sama-sama mempermudahkan urusan ibadah kita.

Dari pakej yang kita ambil bagi setiap 8 orang peserta umrah, jemaah ke-9 adalah terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf RPWP. Selain ibadah umrah, kita juga sebenarnya menyediakan satu tempat untuk mereka melalui sedeqah yang disumbangkan. Lebihannya dijadikan pula sebagai dana pembangunan untuk sarana pendidikan dan fasiliti RPWP. Pembinaan surau, rumah warga emas, sekolah dan tapak kemahiran berpusat sedang giat dijalankan.

Jurugambar profesional yang akan merakamkan momen penting sepanjang kita mengerjakan ibadah umrah pun akan turut menyertai kita. Semuanya sudah termasuk di dalam pakej kami, insha Allah hasilnya tuan/puan akan berasa lebih tenang untuk beribadah dan ziarah di dalam masa yang sama tidak terlepas untuk menyimpan kenangan berharga selama berada di bumi anbiyak.

Share dan tag suami, isteri, keluarga, sahabat dan kawan yang tengah berhajat nak pergi umrah. Mana tahu, anda membantu mereka membuat keputusan yang paling tepat dalam hidup mereka. Bagi yang ada pengalaman mengerjakan umrah, dialu-alukan berkongsi pandangan dan pengalaman anda memiih pakej umrah.

Semoga dipermudahkan urusan umrah kita untuk membuat pilihan paling tepat dan ditempatkan bersama bersama-sama jemaah yang ohsem.

Ikhlas,
Ustaz Shauqi Hasan
Mutawif Rarecation Umrah
Whatsapp +60192536474

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: