News!!

“Orang Kita” Perlu Belajar dari Kejatuhan Kota Alhambra

Disebalik keindaham Kota Alhambra yang kini menjadi sebagai satu lokasi pelancongan yang penting di Granada, Sepanyol, tercatat peristiwa hitam yang ingin Admin kongsikan dari nukilan Si Petapa Buta untuk kesedaran bersama.

Dinasti Granada  juga di kenali sebagai kerajaan Islam Nasrid di Andalusia. Kerajaan ini ditubuhkan pada 1248 Masehi sebelum dikalahkan oleh tentera gabungan Aragon dan Castile pada tahun 1492 Masehi. Ia merupakan dinasti terakhir yang memerintah andalusia yang bermula dari Umayyah hingga ke Dinasti Granada, merupakan satu-satunya kerajaan Islam di Eropah yang pernah wujud.

Antara kemegahan yang dipuja oleh sekalian manusia di seluruh dunia ialah Kompleks Al Hambra yang sering kali mendapat liputan media dokumentari diseluruh dunia. Namun jarang pula kita menyesali akan tamatnya dinasti ini dan apakah yang berlaku kepada orang-orang Islam di sana hingga hari ini.
Related image
Ada pihak yang mengatakan mereka telah melarikan diri ke kawasan-kawasan afrika dan ada pula yang telah menjadi murtad kerana tidak mahu dibunuh dan di seksa oleh tentera Aragon dan Castile yang pada ketika ini di perintah oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella. (Merekalah yang menghantar Ferdinand Magellan yang berjaya menyapu bersih peribumi amerika dan di samping menyapu bersih peribumi orang

Antara punca kejatuhan dinasti ini ialah kerana masalah perebutan kuasa diantara anak (Muhammad XIII @ Baobdil) dan ayah (Abu Abdullah Muhammad XII). Di dalam perebutan itu akhirnya Muhammad XIII @ Baobdil menjadi Sultan Granada. Kekalutan ini telah memberi peluang kepada kerajaan Aragon dan Castile untuk bersatu menentang kerajaan Islam Granada dan pada 2 Januari 1492 terpacaklah bendera kedua-dua kerajaan ini di atas kota Al Hambra. Kejayaan ini juga di puji oleh Columbus sebagai bermulanya era gemilang bagi Kristian Sepanyol (dalam masa yang sama Perang Salib sedang melanda di Mediterania). Peperangan diantara ini juga di kenali sebagai Peperangan Granada yang telah berlangsung selama 10 tahun.

Selepas peperangan ini tamat undang-undang dikeluarkan kepada penduduk Granda iaitu:-

– Tahun 1492 – Kesemua orang Yahudi di paksa menukar agama kepada Kristian atau dihalau keluar.
– Tahun 1501 – Kesemua orang Islam di paksa menukar agama kepada Kristian atau dihalau keluar atau menjadi hamba.
– Tahun 1526 – Undang-undang ini di selaraskan di seluruh Sepanyol.

Raja Ferdinand dan Ratu Isabella memaksa Sultan Baobdil untuk mencium tangan mereka sebagai tanda kekalahan Granada sebelum seluruh Granda diserahkan kepada Kristian Sepanyol. Baobdil juga di paksa untuk menyerahkan anaknya samada Yusof atau Ahmad untuk di jaga kepada mereka (ini merupakan amalan pada waktu itu dimana Sultan yang kalah akan menyerahkan anak mereka sebagai penebus diri Sultan atau sebagai penebus negara) Sultan Boabdil  akhirnya menyerahkan Ahmad kepada Ferdinand dan Isabella yang ketika itu berumur 2 tahun dan akan diserahkan balik apabila masuk umur 9 tahun.

Akhirnya Ahmad di serahkan kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dan digelar sebagai ”El Infrantico (Raja Muda)” dan dibaptiskan menjadi seorang katolik kristian. Tidak banyak kajian yang di buat tentang apakah kesudahan Ahmad namun di yakini bahawa baginda telah memeluk Islam semula setelah diserahkan kepada bapanya. (Jika tidak baligh maka tidaklah pula dikira sebagai murtad kerana belum cukup umur dan matang).

Akhirnya keluarga Baobdil membawa diri hingga ke Maghribi setelah mendapat suaka perlindungan dari Sultan Maghribi dan hidup di Fes hinggalah baginda meninggal dunia di sana pada tahun 1533 Masehi.

Maka berakhirlah kerajaan Islam Eropah yang penuh dengan kemegahan dan kegemilangan zaman pada waktu itu dan ia juga menandakan kejatuhan Islam peringkat pertama secara keseluruhannya sebelum Dinasti Uthamaniyah pula dimusnahkan pada tahun 1921 Masehi. Antara lain yang menarik pula kejayaan 1492 Masehi juga telah membawa Portugal ke Melaka pada tahun 1511 Masehi dan pada tarikh itulah juga menandakan tamatnya sebuah kerajaan Islam yang dianggap paling agung dalam sejarah Melayu.

Sumber: Si Petapa Buta – Kitab Sejarah Malaya

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: