News!!

Huawei Mahu Cabar Apple dan Samsung?

BERLIN: Syarikat gergasi elektronik China, Huawei bakal melancarkan telefon bimbit terbaharunya bulan hadapan yang antara lain akan menggunakan teknologi kepintaran buatan (artificial intelligence atau AI) dengan harapan menjadi pemain utama industri telefon bimbit dunia.

Ketua Eksekutif Peniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu pada Sabtu berkata syarikatnya optimis bahawa cip Kirin 970 yang merupakan cip telefon bimbit berkuasa tinggi baharu bagi peranti Mate 10 dan Mate 10 plus akan memberikan penggunanya kadar pemprosesan yang lebih laju dan penggunaan tenaga bateri yang lebih rendah.

Cip Kirin 970 dijangka mampu boleh memelihara hayat bateri pada telefon sehingga 50 peratus lebih lama.

Yu, bagaimanapun tidak mendedahkan ciri-ciri telefon baru tersebut, tetapi beberapa blog teknologi menjangkakan ia menampilkan paparan skrin penuh bersaiz lebih 6 inci.

Katanya, cip AI baru ini dapat menarik minat pengguna selain mewujudkan pengalaman yang lebih bersifat peribadi.

Yu memberi contoh bahawa AI membolehkan penterjemahan bahasa dalam masa nyata, pemerhatian arahan suara, dan memberi kelebihan melalui ‘augmented reality’ (AR).

Beliau optimis kelajuan dan kuasa cip Kirin 970 akan memberikan kelebihan kepada model telefon bimbit itu berbanding Apple iPhone 8 yang dijangka dilancarkan pada September serta beberapa model Samsung yang akan dilancarkan tahun ini.

Huawei merupakan pengeluar telefon pintar ketiga di dunia selepas Samsung dan Apple.

Sumber: Astro Awani

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: