News!!

4 Aset Paling Angker Bangsa Melayu

Bukan untuk mendabik dada..tapi untuk menyedarkan diri kita agar tak terpelosok dengan perasaan terlalu merendah diri sehingga sanggup menukar paksi mengagungkan budaya dan bangsa asing. Kita punya ASET!!

Terdapat 4 aset yang sangat berharga kepada bangsa Melayu dan menjadi ‘angker’ kepada musuh-musuh sejarah Melayu. 4 aset ini jarang disedari oleh manusia hatta orang Melayu sendiri. So, educate yourselves.

1-Agama Islam

Ini aset paling terbesar dan terpenting seluruh kehidupan bangsa Melayu. Sebelum kelahiran Nabi Muhammad s. a. w, orang-orang Melayu telah menganut agama-agama seperti Hindu dan Buddha dalam pengembaraan mereka mencari kebenaran. Selepas mendengar tentang agama Islam, emperor Srivijaya (Indravarman) terus menghantar surat kepada khalifah paling legenda Dinasti Umayyah, Umar Abdul Aziz untuk mengajarkan tentang hukum-hakam Islam. Selepas itu adalah sejarah. Raja-raja Melayu dan rakyat mereka beramai-ramai memeluk Islam. Agama hindu-buddha ditinggalkan tanpa sebarang paksaan atau peperangan kepada menyembah Tuhan Yang Esa dengan jalan damai dan harmoni.

2-Institusi Raja-raja Melayu

Institusi raja-raja Melayu adalah paling kebal dari semua institusi beraja di dunia. Walaupun peperangan bersilih ganti dan pernah melalui era imperialisme Barat, institusi beraja Melayu tetap wujud sehingga ke hari ini dan disegani kawan dan lawan. Dalam sejarah Asia Tenggara sendiri, institusi raja-raja Melayu adalah paling tua berbanding institusi beraja Thai dan Khmer sementelah institusi beraja Burma, Jawa, Lao dan Vietnam telah pupus atau tidak lagi mempunyai kedaulatan. Kesultanan Melayu adalah antara paling tertua di dunia.

Raja-raja Melayu pada hari ini memiliki negara sendiri bersifat monarki (Brunei) atau negeri-negeri yang bergabung dalam konsep Raja Berperlembagaan (Constitutional monarchy) dengan konsep memilih emperor/maharaja seperti tradisi Srivijaya pada masa lalu diteruskan dalam sistem raja-raja Melayu memilih Yang Di-Pertuan Agong di Malaysia.

3-Selat Melaka

Dari dahulu sampai sekarang, Selat Melaka yang merupakan selat paling sibuk di dunia dengan transaksi perkapalan yang tertinggi adalah aset yang amat berharga kepada bangsa Melayu. Sehingga ke hari ini, orang-orang Melayu tidak perlu beramai-ramai terhegeh-hegeh mencari sesuap nasi di negara lain sementelah sumber pendapatan dari Selat Melaka ini cukup menampung kehidupan penduduk-penduduk di sekitarnya. Sebab itu tiada istilah diaspora kepada bangsa Melayu. Bangsa-bangsa lain di dunia sanggup meredah ombak ganas dan mati berperang untuk mendapatkan Selat Melaka namun dengan izin Allah swt, sehingga ke hari ini orang Melayu tetap menikmati kekayaan dari selat yang bertuah ini hatta namanya pun diambil dari nama Kesultanan Melaka yang mendominasi perdagangan di selat ini pada kurun ke-15.

4-Aborigine Malay

Orang Melayu adalah berasal dari induknya iaitu Austronesia/Nusantara. Orang Melayu sehingga ke hari ini tetap mengekalkan bentuk protonya iaitu Orang Asli yang terkelompok dalam Aborigine Malay.

Buat pengetahuan anda, Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Aslian (terbahagi pula kepada dua iaitu Semang/Negrito dan Senoi) dan Aborigine Malay/Proto-Malay.

Aborigine Malay sebagai contoh ialah Orang Laut, Jakun, Seletar, Orang Kuala dan Temuan.

Aborigine Malay berbahasa mirip bahasa Melayu dan terkelompok dalam kelompok Austronesia dan rapat dengan kehidupan orang-orang Melayu (Deutro-Malay) sejak zaman-berzaman.

Dalam sejarah, Aborigine Malay selalu mengumpulkan hasil hutan di pedalaman dan diserahkan kepada orang Melayu yang kerap berdagang dan berlayar ke luar negeri.

Kewujudan Aborigine Malay adalah bukti paling ‘angker’ untuk mengukuhkan orang Melayu sebagai The Undisputed Indigenous yang memusnahkan semua khayalan orang asing yang dengki tidak berkesudahan dengan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hamba-hamba-Nya dari kalangan orang Melayu,

Dengan kata lain, Proto Melayu atau Aborigine Malay ini adalah ‘bukti hidup’ kepada premis orang-orang Melayu sebagai penduduk asal dalam konteks di Malaysia.

Sumber: The Patriots

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: