News!!

Anak Melayu Semakin Ganas..Dimana Silapnya?

PUTRAJAYA – Dewasa ini, kita banyak disajikan dengan cerita dan berita mengenai jenayah berat yang meruntun jiwa.

Meskipun berat untuk menerima hakikat, suka atau tidak, masyarakat Melayu tidak boleh menyangkal penglibatan anak muda dalam jenayah yang menghiasi media sosial dan media massa masa kini.

 Di mana salah dan silapnya? Apa yang mendorong anak muda Melayu kita kepada tindakan ganas yang berada di luar jangkaan masing-masing?

Beliau berkata, masalah penglibatan jenayah dalam kalangan anak-anak muda zaman kini disebabkan oleh kurangnya didikan agama.

Menurutnya, kesedaran mengenai kepentingan ilmu agama yang rendah menyebabkan anak remaja zaman kini mudah hilang pertimbangan sebelum membuat keputusan dalam bertindak.

“Saya tidak nafikan salah satu puncanya adalah pendidikan agama dan akhlak yang rendah.

“Pendidikan agama dan akhlak kita harus diperkuat supaya kita lebih mudah untuk berdepan dengan musuh dalaman kita,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau pada masa sama tidak menolak remaja zaman kini mudah terpengaruh dengan pengaruh luar.

“Pengaruh luar yang boleh dicapai menerusi media sosial juga membuatkan remaja masa kini mudah terpengaruh.

“Apabila mereka tengok apa-apa menerusi media sosial, mereka mahu tiru juga aksi yang dirakamkan. Wujud satu perasaan untuk melakukan perkara sama yang terdapat dalam video,” jelasnya.

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah musnah dalam kebakaran 14 September lalu Tragedi menyayatkan hati itu mengorbankan 23 nyawa termasuk dua warden.

Polis mengesahkan kejadian itu bermotifkan balas dendam yang melibatkan adegan ejek-mengejek antar pelajar pusat tahfiz dan suspek.

Kesemua suspek kes kebakaran pusat tahfiz berkenaan merupakan remaja di bawah usia 18 tahun.

Sumber: Sinar Online

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: