Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, 22 daripada mereka didapati positif dengan pelbagai penyalahgunaan dadah.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 16 hingga 33 tahun dan sudah dirakam keterangan mereka.

“Sementara itu, seramai 22 daripada mereka didapati positif dadah membabitkan 16 lelaki dan enam wanita,” katanya menerusi satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Antara yang ditahan termasuk seorang lelaki dan seorang wanita yang bertindak selaku penganjur selain enam pembantu mereka.

SUMBER – UTUSAN ONLINE, KOSMO