News!!

30 Tinggal Sehelai Sepinggang Bila 20 Rumah Hangus Terbakar

SEKURANG-kurangnya 20 rumah papan musnah dalam kebakaran di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, sekitar awal pagi ini. Menurut seorang saksi yang diwawancara berita Awani, kejadian disedari berlaku sekitar jam 2.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zainu Bidin, berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.52 pagi.

Menurutnya, 26 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, ketika sampai 10 rumah sudah musnah kerana struktur binaan menggunakan papan.

Kira-kira 30 penduduk mendiami semua rumah berkenaan. Mereka selamat. Rumah didirikan agak rapat. Itu menyebabkan api marak cepat.

“Kami dapat mengawal api dalam 45 minit. Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 

SUMBER: HMETRO, ASTRO AWANI

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: