News!!

PATI Menyorok Bawah Sinki Dalam Serbuan Imigresen

PATI me3nyorok bawah sinki - Gambar HMetro

CUBAAN seorang lelaki warga Pakistan bersembunyi di bawah sinki dapur gagal mengaburi pihak berkuasa apabila dia ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Apas, Tawau, malam tadi.

Dalam serbuan 9 malam itu, lelaki terbabit adalah antara lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Op Sapu.

Ketua Jabatan Imigresen Tawau Noraini Rasi berkata, bertindak atas maklumat, seramai 20 anggota menjalankan pemeriksaan di lima rumah yang disyaki disewakan kepada PATI.

“Ketika serbuan dijalankan di sebuah rumah, seorang daripada tiga lelaki Pakistan yang menghuni rumah berkenaan bersembunyi di bawah sinki dapur.

“Namun dia gagal apabila ditahan dan pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan tinggal lebih masa ditetapkan,” katanya hari ini.

Noraini berkata, dalam serbuan di empat lagi rumah turut menahan lima lelaki disyaki PATI terdiri daripada tiga warga Pakistan dan dua warga Filipina.

“Kelapan-lapan PATI berusia antara 17 hingga 60 tahun ditahan dan dibawa ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63,”€ katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan supaya orang awam dapat bekerjasama dengan pihak imigresen bagi membanteras PATI di daerah ini.

“Kami memerlukan kerjasama semua pihak dalam membanteras PATI atau mereka yang menyalahgunakan pas diberikan.

“Kami juga memohon supaya masyarakat sentiasa memastikan kesejahteraan dapat dikecapi bersama dan memastikan daerah ini selamat daripada PATI,” katanya.

 

Sumber: Hmetro

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: