News!!

Anwar Ibrahim Selamat Dalam Kemalangan Jalanraya Pulang Dari Hospital

DATUK Seri Anwar Ibrahim. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Anwar masuk hospital

Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) 19 September lalu akibat masalah tekanan darah kurang stabil.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata Anwar dibawa ke HKL pada jam 2 petang dan ddidapati mendapat rawatan selepas mengalami masalah tekanan darah kurang stabil. Beliau juga memerlukan rawatan fisioterapi intensif akibat kecederaan lama di bahunya,.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Somu Subramaniam. – Foto Harian Metro

Konvoi kereta Anwar kemalangan

Dalam perjalanan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke Penjara Sungai Buloh selepas menerima rawatan di HKL. konvoi kereta yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit kemalangan ketika

Peguam Anwar, R Sivarasa, berkata nahas 12.30 tengah hari tadi itu berlaku di persimpangan berhampiran Saujana Utama di sini.

“Pegawai penjara yang memandu kereta yang membawa Anwar telah menekan brek secara mengejut untuk mengelak sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

“Tindakan membrek secara mengejut itu menyebabkan sebuah lagi kereta pengiring melanggar kereta yang dinaiki Anwar dari arah belakang.

“Anwar bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kereta yang dinaikinya mengalami kerosakan di bahagian belakang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sivarasa berkata, Anwar telah diberi ubat tahan sakit selepas pemeriksaan dilakukan oleh doktor di Penjara Sungai Buloh.

“Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai, dijadual bertemu Anwar pada petang ini untuk menetapkan jika Anwar memerlukan sebarang rawatan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Somu Subramaniam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan milik Penjara Sungai Buloh.

“Kita ada terima laporan berkenaan kemalangan terbabit, ia adalah satu kemalangan kecil dan tiada kecederaan serius dilaporkan,” katanya.

 

SUMBER: BH

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: