News!!

33 Gambar yang buat Turkey Percutian Terbaik

Turkey hanya sekitar 9 jam penerbangan dari Malaysia. Penerbangan terus boleh menggunakan Turkish atau Malaysia Airlines. Bagi yang nak merasa transit boleh juga guna flight Qatar, Etihad, Emirates dan Saudia. Semua pun menarik juga.

WA hari ini menyenaraikan goto-foto hebat yang menjadikan kita terasa nak pack barang sekarang juga dan terus pergi Turkey.

snow-istanbul

Keadaan semasa musim sejuk tak berapa bersalji sangat di Istanbul. Tapi sekali sekala turun Salji memang hati jadi berbunga-bunga kerana melihat semua dilitupi warna putih. Memang masa ini sangat cantik.

istanbul_snow-1

Foto Ortakoy Camii ataupun nama Melayunya Masjid Ortakoy yang berlatarbelakangkan jambatan Boğaziçi Köprüsü yang merupakan jambatan yang menghubungkan Eropah dan Asia. Seberang sana di kanan gambar ialah Asia. Sebelah kiri ialah Eropah.

 

istock-185078701

Uludag ni kita pergi waktu tak ada snow pun kita boleh main snow. Atas gunung yang sentiasa ada snow. Tak jauh dari Bursa. Biasa orang Malaysia kalau ke tempat 4 season mesti kalau boleh nak rasa semua musim dalam satu masa. Boleh lah rasa golek-golek atas snow walaupun masa tu autumn.

sunrise_over_cappadocia_9_by_citizenfresh-d7g6jf0

Ni pemandangan tak asing lagi di Cappadocia. Kalau awak pergi dengan agen, biasanya fly belon ni USD200 tapi ada cara sebenarnya harga dia boleh dapat USD100 sahaja untuk satu jangkamasa yang puaslah duduk di atas tu cuma tak selama kita boleh habiskan 1 movie Hindustan berdurasi Kuch Kuch Hota Hai.

bs0t2t3r.cq5

Ferry Bosphorus ini di Laut Marmara. Yang menarik ialah, boat-boat begini selalu dikejar camar dan albatros. Best sangat kena kejar dek burung. Hati-hati ada burung yang nakal patuk lubang hidung hidung hidung…

Aerial-View-Of-The-Galata-Tower-Istanbul

Galata Tower ni tak jauh pun dari Kota Istanbul. Dulu sebelum pembukaan COnstantinople, kawasan Istanbul hanya di seberang selat Golden Horn sahaja. Sekarang ni semua dah jadi Istanbul. Menara ini dulu Constantinople gunakan untuk mengawal kotanya dari luar.

Istanbul Marmara Meer

Dalam tram pun nampak klasik muka pakcik ni. Inilah tipikal pakcik di Istanbul. Mereka mengenakan topi leper begini dan mereka SANGATTTT PERAMAH. Bukan saudarapun dia ajak minum teh sekali dengan mereka

 

Street-photography-of-a-bakery-in-Istanbul

Ini juga menarik. Kita boleh lihat roti Istanbul ini ada jual di merata-rata tempat di Istanbul. Mereka masih guna oven arang lagi. Memang retro.

A woman walks through the street during a snowfall. Istanbul, Turkey.

Kalau nasib baik pergi hujung tahun, kita akan merasai wet and snow. Untunglah kalau snow tapi kalau hujang jer…rasa stress juga.

PaulAizaga

Tram macam ini masih ada lagi tapi dah tak banyak. Kalau nak tengok tram klasik begini bolehlah pergi ke Taksim. Dan Taksim ini ialah Bukit Bintang  mereka di Istanbul. Kalau nak tahu, banyak kedai-kedai branded di situ. Dulu Lisa Surihani berlakon ISTANBUL AKU DATANG yang dapat boyfriend baru Betto Khusyairi selepas boyfriend lamanya dump dia di Kota Istanbul.

NormanScobbie07

Kalau nampak perempuan Turkey lawa-lawa semuanya. Jangan lupa, tengok juga emak-emak mereka kerana satu hari nanti, mereka akan jadi makcik-makcik tu juga.

mustafa-dedeoglu

Hujan di Istanbul

MiroslavDilberovic

Mereka ni memang ramah. Tapi yang ni memang dia offer lepas tu kena bayar lah. Kadang-kadang kita tengok pakcik-pakcik tengah minum dia ajak terus kita join sama. Bukan main-main ajak join ala-ala ajak ayam…ini siap tarik tangan suruh duduk, ambikkan kerusi, ambik cawan dan tuangkan air. Bila nak bayar dia cakap…NO, WE MUSLIM FRIEND

Istanbul, Turkey

Ni memang bersepah banyaknya boleh tengok di Istanbul. Boleh beli roti dia murah-murah.

MiroslavDilberovic-photography-22

Pemandangan camar-camar laut yang suka mengejar kapal-kapal belayar.

MarkSeymour-Istanbul-Street-Photography-014-1

Satu kepelikan sebenarnya di Turkey bila kita ke tempat ambil wuduk dengan keadaan kita tidak berkasut. Mereka punya stail mesti pakai kasut dan selepas wuduk wajib mereka sarung semula stoking. SANGAT JANGGAL kalau solat di Turkey tak pakai stoking (lelaki tau bukan perempuan).

MarcoRamin-Istanbul

Gerai jagung di tepi Galata bridge.

Istanbul-Street-Photography-022

Pasar ikan di Istanbul. Pagi-pagi memang ramai orang

 

Istanbul-Street-Photography-002

Gambar di Masjid Murat Pasa semasa ada kematian. Untuk pengetahuan, dah jadi adat dan budaya di sana bila ada kemataian semua orang akan turun ramai2 solatkan jenazah dan tolong angkat jenazah. Kita tengok orang biasa sahajapun mendapat penghormatan seperti ada artis yang meninggal pula. Dahulu pernah dengarkan kisah Ammar yang meninggal dunia di Istanbul kerana dilanggar oleh ambulan kemudian semasa jenazah disembahyangkan, ramai yang datang sembahyangkan. Rupanya, itu budaya mereka dari ajaran agama Islam setempat.

Istanbul-Street-Photography-004-mark seymour

Tak pasti apa, tapi macam cendok pun ada tapi macam makanan panas2 juga ni.

Istanbul-Street-Photography-019

Pakcik-pakcik macam ni memang selalu kita jumpa di masjid. Mereka juga peramah sebenarnya.

 

Istanbul-ferry-captain

Inilah dia pemandu tram di Istanbul.

 

istanbul_by_onurkorkmaz-d3gmi92

Tram di Taksim

 

cappadocia-balloon-940x588

Belon di Cappadocia. Paling menarik ialah landscape Cappadocia yang boleh dikatakan the one and only in the world macam tu. Sangat unik dengan bukit-bukit runcing.

 

Queens of Istanbul, Tarlabaşı - Istanbul

Street of Istanbul.

7900

Masu kawasan luar bandar sikit, kita boleh jumpa pemandangan koboi Turkey macam ni. Kalau trip Rarecation memang akan explore banyak di kawasan luar juga.

10867.ngsversion.0.adapt.536.1

Bot nelayan di Istanbul.

7b52bd88e48c4a1d18dc5dce08260373

Masjid Sultan Ahmet. Masjid ini dibangunkan oleh Sultan Ahmed. Dipanggil juga sebagai Masjid Biru (Blue Mosque) yang saya tengok sendiri kecik besar kecik besar…kat mana birunya?

Ottoman Splendours

Pemandangan begini memang sangat mengasyikkan.

 

Beautiful-Aerial-View-Of-The-Bosphorus-Bridge-In-Istanbul

Dari atas jambatan yang menghubungkan antara Benua Eropah dan Asia.

bosphorus-ferry2

Menarik naik ferry ni. Kalau nak buat round besar sampai dekat-dekat Laut Hitam, harga dia cuma 25 Lira (RM30) sahaja.

organik-kahvalti

Popular spot kalau makan di Istanbul ialah yang ada view lawa. Sebab itu banyak bangunan lama mereka buka restoran di bumbung. Kena panjat naik tangga sampai bumbung baru tahu masyaAllah lawaaanya.

175410a1ff7dbdbc3136cefa8f0fd3b2

Yang terakhir sekali, Turkey terkenal dengan KOPI nya yang tersendiri. Kalau sampai Turkey tak minum kopi Turkey seperti solat subuh tak baca Qunut. Sah tetap sah tapi tak lengkap.

JOM LAH BERCUTI KE TURKEY DENGAN RARECATION UNTUK SATU KELUARGA SELAMA 12H9M DAN UNTUK JANGKAMASA SELAMA ITU, TRIP INI YANG PALING BERBALOI DI MALAYSIA. KLIK

SAYA NAK PERGI TURKEY DENGAN RARECATION SEKARANG
SAYA NAK PERGI TURKEY DENGAN RARECATION SEKARANG 
SAYA NAK PERGI TURKEY DENGAN RARECATION SEKARANG 
SAYA NAK PERGI TURKEY DENGAN RARECATION SEKARANG 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: