News!!

2 parah ditanduk kerbau, seorang maut

Norhayati (kiri) menziarah mangsa di HTAN bagi melihat perkembangan kesihatan mangsa. Hadir sama, Haslah (tengah).

KUALA PILAH – Seorang lelaki maut setelah ditanduk kerbau liar di Kampung Mungkal Seberang, di sini.

Mangsa, Mohd Shafat Bin Aminurdin, 22, maut di lokasi manakala rakannya, Mohd Azren Shah Bin Yazif, berusia 27 tahun mengalami patah tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Haslah Bachok, berkata, kejadian telah berlaku jam 1.20 pagi di mana ahli keluarga salah seorang mangsa menerima panggilan dari adiknya memaklumkan mereka telah ditanduk seekor kerbau liar.

Katanya, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa telah memasuki hutan jam 11 malam untuk mencari 28 ekor lembu ternakan untuk di bawa ke dalam kandang.

“Bagaimanapun, nasib tidak memihak kepada mereka apabila dipercayai terserempak dengan seekor kerbau liar yang naik minyak secara tiba-tiba lalu mengejar mereka kemudian menanduk kedua-duanya.

“Akibat kejadian itu, mangsa, Mohd Shafat meninggal dunia ditempat kejadian dan rakannya, mengalami patah tangan dan kaki.

“Mohd Azren telah bertindak menghubungi abangnya bagi memaklumkan kejadian ngeri itu dan ahli keluarganya telah mencari mereka di dalam hutan,” katanya.

Menurutnya, ahli keluarga yang tiba di lokasi kejadian jam 3 pagi telah menemukan mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

“Ketika dijumpai, Mohd Shafat telah meninggal dunia kerana kecederaan parah di bahagian perut.

“Pegawai perubatan dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) telah mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan dibawa ke bilik forensik manakala mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, kata Haslah, bedah siasat telah dilakukan pada 17 September sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

“Kes ini diklasifikasikan kematian mengejut,” katanya.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, dan Keluarga, Datuk Norhayati Omar telah menziarah mangsa di HTAN.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: