News!!

‘Better Beer Festival 2017’, DBKL Tolak Permohonan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ yang dirancang diadakan pada 6 dan 7 Oktober depan di Solaris Damansara di sini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria, berkata, DBKL telah menerima permohonan berkenaan pada 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun katanya, DBKL telah memutuskan untuk menolak permohonan aktiviti berkenaan.

“Permohonan aktiviti itu pada tempat, masa dan tarikh yang dinyatakan adalah tidak diluluskan.

“Sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, DBKL berhak mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Terdahulu, penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ itu telah mendapat bantahan dari PAS yang menyifatkan ia boleh mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.

Rancangan penganjuran itu merupakan kali ketiga selepas pertama kali diadakan pada 2012 dan kali kedua tahun lalu.

Pada 2012, ia diadakan di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan kehadiran 200 pengunjung.

Ini diikuti pada 2016 di Publika Shopping Gallery, dengan menyediakan 150 jenama arak dan dihadiri 3,500 orang.

Dijangkakan pada penganjuran tahun ini, penganjur membawa 250 jenama arak berbeza daripada 43 syarikat arak untuk memenuhi cita rasa pengunjung.

Sumber: Sinar Online

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: