News!!

Suasana pilu menyelubungi perjalanan terakhir korban tahfiz terbakar

SUASANA pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah yang menjadi lokasi persemadian 11 mangsa tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu 23 nyawa termasuk guru di pusat tahfiz terbabit rentung selepas tingkat tiga bangunan pusat tahfiz yang menjadi tempat tidur mereka terbakar.
Antara yang dikebumikan di tanah perkuburan itu termasuk tiga beradik Muhd Syafiq Haikal Mohd Sulaiman, 13; Muhd Hafiz Iskandar, 11, dan Muhd Harris Ikhwan, 10. Lapan jenazah lagi dikebumikan di enam tanah perkuburan berasingan di sekitar Lembah Klang, dan tiga lagi dikebumikan masing-masing di Seremban, Negeri Sembilan; Pengkalan Kubor, Kelantan dan Sungkai, Perak.
 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: