News!!

Apa Yang Akan Berlaku Pada Akaun FB Kita Bila Kita Sudah Tiada?

Dalam dunia teknologi dan arus era membangun, laman social seperti Twitter, Facebook, Instagram dan lain- lain laman social menjadi persoalan kepada pengguna apa yang akan berlaku kepada akaun mereka sekira mereka sudah tiada.

Soalan-soalan ini ditanyakan.

“Bagaimana untuk menjaga maruah keluarga si mati, menentukan keinginan si mati, dan melindungi privasi pihak pewaris, Ini merupakan antara cabaran yang paling sukar yang kami hadapi, dan kami masih tidak mempunyai semua jawapan,” jawab Monika Bickert, pengarah pengurusan dasar global Facebook.

Bagi pengguna Facebook kini aplikasi kepada pengguna membolehkan para pengguna memilih pewarisan bagi  menguruskan akaun Facebook mereka apabila mereka mati.  Pengguna juga di beri pilihan untuk memilih pewaris untuk mengurus akaun meraka atau  mereka juga boleh membuat tetapan pada  Facebook bahawa mereka mahu akaun dipadamkan secara kekal selepas mereka mati. Dengan ini Facebook juga berhenti menghantar peringatan hari jadi kepada orang yang disayangi.

Facebook mempunyai lebih daripada 2 bilion pengguna dan segelitir pewaris membiarkan akaun Facebook si mati sebaga satu tanda pringatan kepada si mati. Dengan cara ini akaun pengguna mampu di urus dengan baik walaupun penggunanya sudah tiada.

Oleh itu, kita yang masih lagi bernyawa, buat lah persediaan awal  agar akaun FB kita tidak disalahgunakan oleh mereka yang berkepentingan.

Sumber: The Star Online

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: