News!!

Cover Majalah Time’s Hanya Diambil Dengan IPhone!

Mungkin sebahagian kita tidak mempercayainya. Kami  sertakan perkongsian penuh dari laman FB SARC Mens Wear untuk manfaat bersama.

Untuk isu majalah TIME yang terkini, memaparkan projek terbaru mereka yang bertajuk FIRSTS, memaparkan profil 46 wanita paling berpengaruh yang mengubah dunia! Yang paling abang terkezut adalah untuk projek fotografi kali ini, TIME menggunakan sentuhan padu dari seorang fotografer wanita dari Brazil bernama LuisaDörr yang hanya berumur 28 tahun untuk membidik 46 portret dan 12 cover photo wanita berpengaruh ni HANYA DENGAN MENGGUNAKAN IPHONE! Whatt!! what is this?? . Pengarah Fotografi TIME, Kira Pollack menulis bahawa dia mula-mula jatuh hati pandang pertama dengan hasil karya Dörr, semasa melayari Instagram, di mana jurugambar muda ini mempunyai lebih 44,000 followers. Standard-standard Iphone abang dah ni! haha tak mau kalah!

timecovers

“Saya dengan serta-merta menjejaki feed @luisadorr ni” kata Pollack. “Terdapat banyak imej wanita dari semua peringkat umur terhadap landskap dan sangat RAW. Cahaya semulajadi, nada indah, setiap satu komposisi yang dipelajari. Gambar-gambar itu sangat konsisten!”

“Dalam barisan bio beliau telah menulis ‘Semua gambar yang dibuat dengan iPhone.’ Saya KEJAR dia dengan segera.”

Pada September 2016, Dörr tiba di New York City dan memulakan lawatan ke Amerika Syarikat (lawatan pertama beliau ke negara ini) untuk membidik potret 46 wanita itu untuk TIME (tugasan pertamanya untuk majalah itu).

Iphone Luisa 2
“Untuk FIRSTS, gambar dibuat dengan cahaya semulajadi, hanya menggunakan reflektor apabila perlu,” Dörr memaklumkan TIME dalam temu bual. “Saya suka kesederhanaan bagaimana gambar-gambar ini dibuat tetapi bahagian yang terbaik ialah sebagai jurugambar, anda bebas bila berkarya. Ia hampir seolah-olah saya boleh membuat gambar dengan tangan saya sendiri. Tidak ada bunyi bising atau alat, hanya subjek dan diri saya sendiri. ” . Dörr terpaksa bekerja dengan cepat dengan subjeknya. Kalau korang nak tau sesi potret terpanjang dia hanya 20 minit, dan yang paling singkat hanya 2 minit. Boleh bayangkan dia boleh jana pendapatan dalam berapa ribu hanya dengan MEMBAWA IPHONE? Ahh abang kenot believe this!
.Screen Shot 2017-09-12 at 10.22.57 PM
Dan lagi best, dia memulakan karier potret fotografi dia dengan iPhone 5 tetapi kemudian iPhone 6, 6S Plus, dan 7! Tak perlu bawa gear berat-berat okay! . THE FUTURE OF PHOTOGRAPHY AND VIDEOGRAPHY IS ON SMARTPHONE.
.
Kalau tak percaya jugak, korang tengok sendiri 12 keping potret yang diambil oleh Dörr hanya menggunakan IPHONE! and manfaatkan lah smartphone yang korang beli mahal mahal tu! Muahahaha . .
p/s : Dah baca jangan lupa LIKE & SHARE post ni. Semoga bermanfaat!

Sumber: FB SARC Menswear

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: