News!!

Pelajar Tingkatan 5 Yang Hamil 3 Bulan ‘Borong’ 5 Lagi Lelaki Baru Sempena Merdeka

KOTA BHARU, 11 Sept – Seorang pelajar tingkatan lima yang sedang hamil tiga bulan dan kerap ponteng sekolah membongkar kegiatannya melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam tempoh lapan hari antara 30 Ogos lalu sehingga 7 September lalu.

Ketua Polis Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku di empat lokasi berasingan, tiga di Bachok, manakala satu di Kota Bharu, dua daripadanya berlaku tanpa kerelaan mangsa (pengadu).

“Pada jam 7.30 pagi, 30 Ogos lalu, teman lelaki pengadu juga rakan sekelasnya mengambil dia di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan membawanya ke rumah di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok.

“Di situ, pengadu dan teman lelakinya melakukan hubungan seks sebelum lelaki terbabit meninggalkan remaja tersebut. Rakan teman lelaki itu pula membawa mangsa ke rumah seorang lagi rakan lelaki yang lain dan mengajaknya melakukan hubungan seks,” katanya.

Beliau berkata, pengadu melakukan seks tanpa kerelaannya sebelum datang seorang lagi rakan lelaki lain yang turut sama memaksa pengadu melakukan seks.

“Selesai kejadian, pengadu ditinggalkan oleh rakan teman lelakinya itu di sebuah kedai makan di Binjai dan menghubungi seorang rakan perempuan yang menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, ketika pengadu berada di rumah, pengadu telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya keluar dan mereka berjumpa serta menunggang motosikal ke Bachok sebelum menginap di sebuah hotel di daerah itu.

“Mereka melakukan hubungan seks dengan kerelaan pengadu. Selesai itu, pengadu ditinggalkan berhampiran lampu isyarat Tendong, Kota Bharu pada tengah malam pada 7 September lalu sebelum menghubungi seorang rakan lelaki yang menghantarnya ke sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

“Di situ, pengadu berkenalan dengan seorang lelaki iaitu rakan kepada penjaga kaunter hotel sebelum melakukan hubungan seks dengan lelaki itu sebelum mereka menghantar pengadu pulang ke rumah pada pagi, 8 September lalu,” katanya.

Nik Aminuddin berkata, sebaik tiba di rumah, abang pengadu kemudian membawa pengadu ke balai polis untuk memaklumkan kepulangan adiknya berkait laporan polis Binjai.

“Sehubungan itu, polis sedang menjalankan siasatan dan menjejaki dua suspek yang memaksa pengadu melakukan hubungan seks. Kes diklasifikasikan sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Pengadu pula dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk pemeriksaan dan didapati hamil 12 minggu,” katanya.

Sumber : Sinar Harian. Gambar sekadar hiasan.

 

BACA:

Ibu lihat sendiri aksi anak 9 tahun dirogol 2 rakan lelaki 10 dan 11 tahun.

Bapa terkejut lihat anak tingkatan 4 bertuala mandi berduaan dengan teman lelaki 

2 kali dirogol ’Bomoh WeChat’

Tahu anak 12 tahun diratah teman lelaki ibu melalui dairi

3 tahun anak 12 tahun jadi hamba seks bapa sendiri

Gadis 15 tahun dirogol kenalan wechat berusia 19 tahun

Selepas rogol rakan sekelas, 2 pelajar sebar videonya

Gadis 18 tahun diperguna teman lelaki untuk mencuri dibelasah

Gadis 15 tahun dirogol 5 lelaki kenalan wechat

Adik 12 tahun dirogol abang sulong berkali-kali hingga hamil

Kanak-kanak 12 tahun dirogol 22 kali oleh 5 ahli keluarganya

Kanak-kanak 7 tahun rogol 6 tahun antara sebab RPWP ada 2 tadika

Pornstar IG – Trend terkini anak gadis sekolah

Layakkah hantaran anak dara RM20k? 

7 dari 38 perogol dijatuh hukum, apa cerita yang lain?

Kenal melalui wechat, 4 suspek rogol berkumpulan ditahan

Cikgu ditahan liwat pelajar 12 tahun lebih 50 kali sehingga 14 tahun 

Guru dipenjara 34 tahun, 2 kali rogol pelajar tingkatan 3 

Rogol anak tiri dan rakaman video ditemui isteri

Gadis OKU dirogol pak su sampai hamil 

Cabul Pelajar OKU – Cikgu Pendidikan Khas Dipenjara 7 Tahun

Warden asrama rogol kanak-kanak perempuan 11 tahun

GURU AGAMA ditahan cabul murid sejak 3 tahun lepas 

Remaja 16 tahun mati dipukul abang teman wanita ‘WeChat’nya

Pelajar tingkatan 5 rogol pelajar tingkatan 1 sekolah yang sama berulang kali

Guru duda rogol pelajar 11 dan 13 tahun dipenjara 24 tahun 12 sebatan 

11 Pelajar 13-16 tahun antara ramai lelaki yang diakui pernah ‘merogol’ pelajar 13 tahun ini

Guru, tentera, pelajar IPT dan isteri orang antara 20 ditahan maksiat

Guru disiplin 53 tahun rogol 3 murid 9-10 tahun 

Pemuda 19 tahun rogol pelajar 16 tahun adik rakan karib sendiri berkali-kali

4 pelajar rogol rakan sekolah ditahan

Pelajar 13 tahun dirogol 4 kenalan Wechat

 

 

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: