News!!

Ibu Lihat Sendiri Anak 9 Tahun Dirogol 2 Rakan Lelaki 10 dan 11 Tahun.

LIMBANG : Polis menahan dua kanak-kanak lelaki kerana dipercayai merogol seorang budak perempuan di sebuah stor di ladang pertanian di Kampung Palas, Limbang, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, kedua-dua suspek berusia 10 tahun dan 11 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa.

Beliau berkata, ibu mangsa berusia 32 tahun mendakwa anak perempuannya berusia sembilan tahun ditemui dalam keadaan mencurigakan bersama suspek jam 7.10 malam, semalam.

“Sebelum itu, ibu mangsa melihat anaknya bermain di kawasan berhampiran stor baja bersama dua budak lelaki, yang juga anak pekerja ladang berkenaan.

“Namun, tidak lama selepas itu, mangsa tiada dikawasan berkenaan sebelum ibunya mencari dan menemui anaknya terbaring dalam keadaan telanjang di dalam sebuah stor sambil ditindih seorang budak lelaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dev berkata, ibu mangsa bergegas menarik keluar anaknya sebelum terlihat kesan darah pada alat sulit mangsa.

Katanya, ibu mangsa yang mengesyaki anaknya dirogol kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Limbang, hari ini.

“Susulan daripada laporan itu, sepasukan polis menahan dua suspek yang juga jiran mangsa di rumah di ladang berkenaan pada jam 5.30 petang hari ini.

“Suspek yang tidak bersekolah itu dibawa ke Balai Polis Limbang untuk siasatan lanjut dan dibebaskan selepas keterangan diambil,” katanya.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut dan polis menunggu keputusan kesihatan untuk melengkapkan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. BH

 

BACA:

Tahu anak 12 tahun diratah teman lelaki ibu melalui dairi

3 tahun anak 12 tahun jadi hamba seks bapa sendiri

Adik 12 tahun dirogol abang sulong berkali-kali hingga hamil

Kanak-kanak 12 tahun dirogol 22 kali oleh 5 ahli keluarganya

Kanak-kanak 7 tahun rogol 6 tahun antara sebab RPWP ada 2 tadika

Cikgu ditahan liwat pelajar 12 tahun lebih 50 kali sehingga 14 tahun 

Gadis OKU dirogol pak su sampai hamil 

Warden asrama rogol kanak-kanak perempuan 11 tahun

GURU AGAMA ditahan cabul murid sejak 3 tahun lepas 

Pelajar tingkatan 5 rogol pelajar tingkatan 1 sekolah yang sama berulang kali

Guru duda rogol pelajar 11 dan 13 tahun dipenjara 24 tahun 12 sebatan 

11 Pelajar 13-16 tahun antara ramai lelaki yang diakui pernah ‘merogol’ pelajar 13 tahun ini

Guru disiplin 53 tahun rogol 3 murid 9-10 tahun 

4 pelajar rogol rakan sekolah tingkatan 1 ditahan

Pelajar 13 tahun dirogol 4 kenalan Wechat

Comments

comments

1 Trackback / Pingback

  1. Pelajar Tingkatan 5 Yang Hamil 3 Bulan ‘Borong’ 5 Lagi Lelaki Baru Sempena Merdeka – WARNA ASIA

Leave a Reply

%d bloggers like this: