News!!

Penjara 48 Tahun, 24 Sebatan Untuk 623 Pertuduhan Bapa Perkosa Anak

PUTRAJAYA: Seorang bapa berusia 36 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 48 tahun dan 24 sebatan kerana didakwa dengan 623 pertuduhan rogol, liwat, sumbang mahram dengan melakukan seks luar tabii terhadap anak kandungnya yang berusia 15 tahun.

BACA: Bapa hadapi 182 + 400 pertuduhan, merogol dan meliwat anak sendiri selepas cerai isteri

Hakim Mahkamah Jenayah Seksual terhadap Kanak-kanak, Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman tersebut selepas bapa tiga anak perempuan itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut pada Jumaat.

Yong Zarida menjatuhkan hukuman penjara kepada lelaki itu selama 28 tahun kerana melakukan sumbang mahram, serangan seksual fizikal tanpa persetubuhan, mengabaikan dan mendera anak secara seksual.

Beliau turut menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun penjara di atas tuduhan meliwat mangsa.

Hakim telah memerintahkan hukuman dijalankan bermula 26 Julai lalu pada hari tertuduh ditangkap.

Lelaki yang merupakan ejen unit amanah itu menghadapi 591 pertuduhan kerana meliwat anak perempuannya, 30 pertuduhan kerana seksual secara fizikal dan satu lagi pertuduhan kerana mendera mangsa.

Dia didakwa meliwat anak perempuannya tiga kali sehari antara Januari dan Julai tahun ini, kecuali dua hari sebelum Ramadan dan hari pertama sebelum bulan puasa bermula pada Mei lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh meliwat anak perempuannya buat pertama kali semasa mereka mengerjakan Umrah di Makkah pada 3 April, 2015.

Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin.

Tertuduh tiba di Istana Kehakiman sekitar jam 8.40 pagi tadi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim serta pegawai-pegawai dari kementerian berkenaan juga hadir menyaksikan prosiding.

Media tempatan dan antarabangsa turut membanjiri premis komplek mahkamah seawal 8 pagi untuk membuat liputan kes berprofil tinggi ini.

 

SUMBER : ASTRO AWANI, HMETRO

BACA: Selepas rogol anak sendiri, datuk perkosa cucu tahun satu pula bersama bapa saudara cucu

BACA: ‘Ratah’ anak sendiri, bapa durjana dijatuhi hukuman penjara 115 tahun

BACA: Sumbang mahram: 4 sekeluarga bakal mereput 25 hingga 30 tahun di penjara

BACA: Rogol anak kandung, bapa dihukum penjara 54 tahun, 21 sebatan

BACA: Kisah benar haruan makan anak, pengalaman RPWP – ibu-ibu wajib baca

BACA: Bapa 38 tahun turut merogol anak 15 tahun 

BACA: Kanak-kanak 12 tahun dirogol 22 kali oleh 5 ahli keluarganya

BACA: Adik 12 tahun hamil dirogol abang berkali-kali

BACA: Bapa rogol anak kandung dihukum penjara 54 tahun, 21 sebatan

Comments

comments

1 Trackback / Pingback

  1. Selepas rogol anak sendiri, datuk perkosa cucu tahun satu pula bersama bapa saudara cucu – WARNA ASIA

Leave a Reply

%d bloggers like this: