News!!

OKT Lolos Daripada Kawalan Polis Diburu

GEORGE TOWN – Polis memburu seorang lelaki yang merupakan orang kena tuduh (OKT) selepas suspek melarikan diri ketika dibawa ke ken­deraan polis di pekarangan Mahkamah Pulau Pinang di sini kelmarin.

Khairul Nizam Abdullah Sani, 33, yang merupakan OKT di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu meloloskan diri ketika diiring keluar dari mahkamah bersama 28 OKT lain kira-kira pukul 5.20 petang. Semasa kejadian, kesemua OKT yang menggunakan gari berantai diiringi empat polis pengiring ke kenderaan selepas selesai kes pertuduhan dan perbicaraan yang dihadapi mereka di mahkamah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan mendapati suspek terbabit dipercayai telah membuka gari pada tangan menggunakan kuncinya.

“Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja kedua-dua tangannya berjaya dikeluarkan daripada gari sebelum membuang kunci gari itu ke dalam longkang berhampiran.

“Pada masa itu, seorang lagi OKT yang berusia 37 tahun cuba meloloskan diri bersama suspek terbabit namun berjaya ditangkap semula polis pengiring tidak jauh dari lokasi kejadian berlaku,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. – KOSMO

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: