News!!

Selepas Rogol Anak Sendiri, Datuk Perkosa Cucu Pula Bersama Bapa Saudara Cucu

SIBU: Mahkamah Majistret Sibu hari ini membenarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap seorang datuk berusia 53 tahun, dan anaknya berusia 27 tahun bagi membantu siasatan kes sumbang mahram melibatkan cucunya sendiri.

Majistret Sofia S Sawayan menetapkan reman sehingga 14 September depan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut kes pemerkosaan gadis berusia tujuh tahun itu.

Kedua-duanya ditangkap semalam setelah polis Sibu apabila menerima laporan polis daripada ibu mangsa pada 2 September lalu.

Kejadian terbongkar apabila ibu mangsa yang berusia 27 tahun dimaklumkan oleh anaknya bahawa dia telah “dinoda” beberapa kali oleh datuk dan bapa saudaranya sejak setahun lalu.

Kejadian dipercayai berlaku di rumah keluarga itu, di sebuah rumah panjang di Sungai Durin, di sini.

Mangsa yang kini dalam Tahun 1 tinggal di rumah datuknya untuk bersekolah manakala ibunya tinggal di Mukah.

Foto Astro AWANI / Rudy Affendi Khalik

Foto Astro AWANI / Rudy Affendi Khalik

Datuk mangsa yang juga seorang penganggur baharu dibebaskan dari penjara pada 2016, selepas menjalani hukuman selama 12 tahun dan lima sebatan untuk kesalahan merogol anaknya sendiri iaitu ibu saudara mangsa pada tahun 2008.

Kes disiasat dibawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan atas kesalahan sumbang mahram.

 

BACA: Penjara 48 tahun, 24 sebatan untuk 623 pertuduhan bapa perkosa anak

BACA: ‘Ratah’ anak sendiri, bapa durjana dijatuhi hukuman penjara 115 tahun

BACA: Sumbang mahram: 4 sekeluarga bakal mereput 25 hingga 30 tahun di penjara

BACA: Rogol anak kandung, bapa dihukum penjara 54 tahun, 21 sebatan

BACA: Bapa 38 tahun turut merogol anak 15 tahun 

BACA: Kanak-kanak 12 tahun dirogol 22 kali oleh 5 ahli keluarganya

BACA: Adik 12 tahun hamil dirogol abang berkali-kali

Comments

comments

1 Trackback / Pingback

  1. Penjara 48 tahun, 24 sebatan untuk 623 pertuduhan bapa perkosa anak – WARNA ASIA

Leave a Reply

%d bloggers like this: