News!!

Bapa 38 tahun ‘turut merogol’ anak 15 tahun

Bapa ditahan merogol anak

Sarikei – Rabu 6 September 2017: LELAKI berusia 38 tahun ditahan polis di Hospital Sarikei hari ini kerana didakwa merogol anak perempuan berusia 15 tahun sejak Julai lalu.

Suspek yang bekerja sebagai buruh kasar itu ditahan selepas melawat anak perempuannya di hospital berkenaan pada jam 4 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, mangsa dibawa ke Hospital Sarikei selepas mengadu sakit perut kepada warden asramanya pada jam 10.35 pagi hari ini.

Menurutnya, mangsa turut mendedahkan dia turut dirogol bapa kandungnya di rumahnya di Sungai Bulat, Sarikei sejak Julai lalu sebelum pihak hospital menghubungi polis.

“Suspek kemudiannya ditahan polis ketika melawat anak perempuannya itu,” katanya

Katanya, suspek akan direman pada jam 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Sarikei

Comments

comments

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Penjara 48 tahun, 24 sebatan untuk 623 pertuduhan bapa perkosa anak – WARNA ASIA
  2. Selepas Rogol Anak Sendiri, Datuk Perkosa Cucu Pula Bersama Bapa Saudara Cucu – WARNA ASIA

Leave a Reply

%d bloggers like this: