News!!

‘Ratah’ anak sendiri, bapa durjana dijatuhi hukuman penjara 115 tahun

BETONG | September 06, 2017: Segunung penyesalan yang diluahkan seorang lelaki berusia 49 tahun tidak dapat meringankan hukumannya apabila dijatuhi hukuman penjara 115 tahun dan 20 kali sebatan selepas mengaku salah terhadap lima tuduhan sumbang mahram dan satu tuduhan cabul terhadap anak tunggalnya sendiri.

Hakim Mahkamah Majistret Betong, Jason Juga sebaliknya menetapkan hukuman 22 tahun penjara dan empat sebatan terhadap setiap pertuduhan sumbang mahram yang dilakukan tertuduh, manakala untuk kes cabul, dijatuhi penjara lima tahun.

Semua hukuman tersebut berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditahan pihak polis, menjadikan dia sebagai penghuni tirai besi selama 22 tahun.

Bekerja sebagai petani, tertuduh yang masih beristeri ini mula “meratah” anaknya sendiri yang kini berusia 15 tahun sejak tiga tahun lalu, bermula di sebuah pondok di ladang kelapa sawit miliknya.

Setelah itu, suspek terus menjadikan gadis malang ini sebagai santapan nafsunya berulang kali, termasuk di bilik tidur mangsa, dan tandas rumah mereka di Kampung Emplam, Kabong, selain tepi jalan dan hotel di Pekan Saratok.

Mangsa bagaimanapun enggan membuat laporan polis, kerana khuatir tidak diberikan belanja sekolah, selain memahami tertuduh menjadi tempat mereka sekeluarga bergantung hidup.

Mangsa bagaimanapun meluahkan sejarah hitamnya pada 17 Ogos lalu, dalam satu sesi kaunseling di Sekolah Menengah Kerajaan Agama Saratok di sini.

Mangsa yang juga anak tunggal tertuduh dan isterinya yang berusia 51 tahun, mengakui menjadi mangsa perkosa bapanya.

Ini kejadian kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas empat beranak menjadikan dua anggota keluarganya sendiri sebagai “santapan seks” di Kampung Daha Seroban di Serian.

BACA: Rogol anak kandung, bapa dihukum penjara 54 tahun, 21 sebatan

Kes dituduh di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

SUMBER – ASTRO AWANI

Comments

comments

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Selepas rogol anak sendiri, datuk perkosa cucu tahun satu pula bersama bapa saudara cucu – WARNA ASIA
  2. Penjara 48 tahun, 24 sebatan untuk 623 pertuduhan bapa perkosa anak – WARNA ASIA

Leave a Reply

%d bloggers like this: