News!!

Bilal maut dipijak lembu korban

Bilal yang maut dipijak lembu korban

KUALA KRAI – Sebuah keluarga di Kampung Dusun Durian, Dabong, dekat sini pasrah kehilangan ahli keluarga ketika umat Islam sedang melakukan ibadah korban, Jumaat lalu.

Mangsa, Kamarudin Mamat, 65, yang jatuh setelah dipijak lembu pada bahagian dada meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Dabong dipercayai akibat kecederaan dalaman.

Anak kedua Allahyarham, Siti Hajar Kamarudin, 36, berkata, sebelum kejadian arwah sihat dan sempat menjamah sarapan nasi beriani dimasaknya setelah menunaikan sembahyang sunat Aidiladha di surau berhampiran rumahnya.

“Arwah ayah sempat makan dan kemudiannya ke tempat lembunya ditambat untuk melakukan ibadah korban.

“Ketika itu, arwah juga sempat memuji nasi beriani saya masak sedap dan terus keluar,” katanya menceritakan detik akhir bersama arwah kepada Sinar Harian.

Katanya, Allahyarham menternak lima lembu dan 10 kambing, lembu hendak diqurbankan pada pagi Jumaat itu agak garang dan hanya boleh didekati arwah.

” Sebelum kejadian empat kali lembu terlepas kami yang turut berada di lokasi kejadian kemudiannya pulang ke rumah terletak kira-kira 100 meter untuk melihat aktiviti korban dari rumah setelah lama menunggu.

“Tidak lama kemudian arwah jatuh dan diusung orang ramai ke rumah,” katanya.

Katanya, dia bersama suami serta ibunya, Che Hasmah Abd Rahman 59, kemudiannya membawa ayahnya ke Klinik Kesihatan Dabong untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Siti Hajar turut menafikan gambar serta video yang tular di laman sosial melibatkan arwah ayahnya.

 

SUMBER: SINAR HARIAN

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: