News!!

3 tahun anak 12 tahun jadi hamba seks bapa sendiri

SARATOK: Seorang lelaki berusia 48 tahun direman tujuh hari bermula hari ini selepas dipercayai merogol anak kandungnya sejak berusia 12 tahun.

Siasatan awal mendapati, suspek merogol mangsa sekurang-kurangnya enam kali dalam tempoh tiga tahun lalu.

Perilaku jijik lelaki berkenaan terbongkar selepas anak suspek memaklumkan kejadian menimpanya kepada seorang guru di sekolahnya, yang kemudiannya membuat laporan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superitendan Mordani Tanin, berkata suspek diberkas jam 9 pagi tadi dan perintah reman dipohon daripada Majistret Saratok, pada jam 10 pagi.

“Suspek direman bermula 26 Ogos hingga 1 September bagi membantu siasatan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram,” katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.

Mordani berkata, siasatan juga mendapati suspek pertama kali merogol anaknya itu di sebuah pondok di ladang kelapa sawit ketika mangsa berusia 12 tahun.

“Malah, mangsa turut mendakwa kejadian rogol berlaku berulang-kali, termasuk di kediaman mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata, akibat tidak tahan dengan tindakan suspek, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada seorang guru pada 17 Ogos lalu.

 

BH – 26 OGOS 2017

Comments

comments

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Ibu lihat sendiri aksi anak 9 tahun dirogol 2 rakan lelaki 10 dan 11 tahun. – WARNA ASIA
  2. Pelajar Tingkatan 5 Yang Hamil 3 Bulan ‘Borong’ 5 Lagi Lelaki Baru Sempena Merdeka – WARNA ASIA

Leave a Reply

%d bloggers like this: