News!!

8 Penolong pegawai perubatan ditahan buat tuntutan palsu

KOTA KINABALU – Lapan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 57 pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan elaun lebih masa berjumlah RM126,757.24.

Semua tertuduh yang bertugas di Klinik Oftalmologi HQE 1 membuat pe­ngakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Lapan tertuduh tersebut ialah Mohd. Rosidih Mohd. Said, 38, Terence Linchos, 38, Jaduin Untop, 27, Zulkifli Arun, 28, Juraineh Musalim, 27, Noor Salim Mohd. Zin, 27, Mohd. Akmal Hafiz Mohamad Ariff, 28, dan Naza Fadirul@Mick Ab. Satar, 33.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mengemukakan dokumen tuntutan berkenaan di Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia Sabah, Wisma Perindustrian di sini antara 1 Februari 2016 dan 2 Jun 2016.

Dalam tempoh itu, Mohd. Rosidih telah membuat tuntutan sebanyak RM16,696.10, Terence (RM18,829.44), Jaduin (RM19.992.63), Zulkifli (RM14,065.91), Noor Salim (RM13,466.89), Mohd. Akmal Hafiz (RM12,842.26), Naza Fadirul@Mick (RM22,216.61) dan Juraineh (RM8,647).

Bagi pertuduhan itu, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan – Kosmo!

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: