News!!

12 wanita terperangkap lift lebih muatan

KLANG – Tindakan nekad 12 wanita pekerja kilang warganegara Indonesia berhimpit di dalam lif sehingga melebihi muatan membawa padah selepas kesemua mereka terperangkap selama 30 minit di tingkat empat blok B, Pangsapuri Villamas, Jalan Muhibbah di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, dua daripada mereka dikenali Vera Apriani, 25, dan seorang lagi tidak diketahui nama berusia 20-an pengsan dipercayai akibat sesak nafas.

Difahamkan lif tersebut hanya mampu membawa lapan orang dalam satu masa.

Seorang penduduk yang ha­nya mahu dikenali sebagai Alina, 37, berkata, kejadian berlaku ketika kesemua mangsa yang berasal dari Palembang dan Jawa Tengah, Indonesia itu dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Mereka ini sanggup berhimpit bagi mengejar sebuah bas pengantara yang menunggu di blok tersebut pada pukul 7 pagi. Mungkin lambat, mereka menaiki lif beramai-ramai tanpa memikirkan keselamatan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. – Kosmo!

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: