News!!

Arab Saudi buka sempadan untuk jemaah haji Qatar

KAHERAH – Arab Saudi berkata kelmarin bahawa pihaknya mengalukan-alukan kedatangan rakyat Qatar untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Doha pada 5 Jun lalu.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudi Press Agency berkata, sempadan Salwa akan dibuka kepada rakyat Qatar yang berhasrat untuk menunaikan ibadah tahunan itu.

Mereka dibenarkan melalui sempadan itu tanpa perlu sebarang kebenaran elektronik.

Kenyataan itu turut berkata, kedatangan warga Qatar yang berhasrat untuk melaksanakan haji juga dialu-alukan di dua buah lapangan terbang di negara berkenaan.

Keputusan berkenaan dibuat selepas satu mesyuarat diadakan bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dan wakil negara Qatar, Sheikh Abdullah Ali.

Qatar mendakwa Arab Saudi mempolitikkan isu haji dan mengemukakan masalah itu kepada Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai kebebasan beragama pada bulan lalu.

Negara Teluk itu turut menyuarakan kebimbangan berhubungan halangan yang dihadapi oleh warganegaranya yang mahu menunaikan haji pada tahun ini. – Reuters, Kosmo

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: