News!!

Tahu anak 12 tahun diratah teman lelaki ibu melalui dairi

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang ibu membaca diari anak perempuannya yang berusia 12 tahun membongkar perlakuan keji teman lelaki wanita terbabit yang merogol anaknya berulang kali.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, ibu mangsa terkejut selepas membaca curahan hati anak gadisnya itu dan bertanyakan kepada mangsa perkara itu.

“Anaknya kemudian menceritakan bahawa teman lelaki ibunya telah masuk ke bilik tidur mangsa dan merogol mangsa pada April lalu ketika dia pergi ke China atas urusan kerja,

“Mangsa juga memberitahu bahawa dia dirogol sebanyak empat kali sehingga Julai lalu,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Ahmad Dzaffir, suspek tinggal bersama di rumah pengadu sejak lima tahun lalu dan akan meninggalkan mereka jika mempunyai urusan perniagaan di luar negara.

Mangsa merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik dari perkahwinan pertama.

Sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kajang kemudiannya telah meahan suspek berusia 40 tahun itu.

“Suspek tidak mempunyai rekod lampau dan ujian saringan ke atas saspek juga negative,” katanya lagi.

Dia kini direman enam hari sehingga 20 Ogos 2017 bagi membantu siasatan.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan  yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: