News!!

Lelaki Dakwa Dirotan Isteri Kerana Tolak Lakukan Hubungan Intim, Ada Kalanya Sampai 10 Kali

GAMBAR HIASAN

Kuala Lumpur, 15 Ogos – Seorang lelaki mendakwa dia terpaksa menanggung derita selama hampir dua tahun selepas diperlakukan seperti hamba seks oleh isteri sendiri yang sanggup merotannya apabila dia menolak untuk melakukan hubungan intim yang ada kalanya sehingga 10 kali sehari.

Kosmo! melaporkan, mangsa yang berusia 32 tahun itu akhirnya tampil mendapatkan bantuan sebuah pertubuhan keselamatan komuniti dua minggu lalu selepas tidak tahan diperlukan sedemikian rupa.

Difahamkan, lelaki berkenaan adalah seorang pekerja kilang manakala isterinya pula seorang suri rumah.

Pasangan tersebut yang sudah berkahwin kira-kira lapan tahun lalu kini tinggal di Klang, Selangor.

Pengasas dan Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia (PKKM), Kuan Chee Heng berkata, lelaki itu berjumpa dengannya dua minggu lalu bagi meminta bantuan selepas tidak sanggup lagi menderita emosi dan fizikal selepas isterinya tiba-tiba berubah seperti orang gilakan seks sejak dua tahun lalu.

“Mangsa mendakwa dia akan diarahkan berlutut sebelum dirotan selepas menolak permintaan isterinya berusia 31 tahun untuk melakukan hubungan seks yang adakalanya sehingga 10 kali sehari.

“Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati terdapat kesan pukulan lama dan baharu pada punggung serta lain-lain anggota badannya,” ceritanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sumber: Kosmo!

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: