News!!

Kekecohan ‘Nothing to hide 2.0’ terancang – 13 ditahan

KEKECOHAN ‘NOTHING TO HIDE 2.0 SENGAJA DIRANCANG. PERUSUH MAHU CEDERAKAN TUN – ARMADA

Begitu banyak insiden kekasaran sepanjang kempen politik tanah air menunjukkan bahawa scenario politik negara sudah berada di tahap buntu.

KETUA Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesyaki kekecohan yang berlaku ketika forum “Nothing to Hide 2.0” di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam petang tadi adalah perbuatan sabotaj.

Katanya, ini berdasarkan bukti beberapa helai kemeja-t Bersatu dipakai oleh suspek yang ditinggalkan di luar dewan.

“Wujud amalan sabotaj untuk mencederakan Dr Mahathir Mohamad. Kita lihat selepas soalan itu kasut, kerusi dan suar dicampak bukan ke belakang, kanan atau kiri tapi ke arah Tun.

“Ia amat mengecewakan dan jelas menunjukkan ia sudah dirancang kerana kita jumpa dua suar,” katanya.

Beliau juga mengesahkan Dr Mahathir tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, Pemuda Bersatu juga akan membuat laporan polis pada malam ini.

Forum yang dianjurkan Pemuda Bersatu itu adalah platform kepada Dr Mahathir dan Najib Razak berdebat tentang masalah yang menyelubungi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun Najib yang dijemput menghadiri program tersebut tidak hadir. – 13 Ogos, 2017.

 

TIGA BELAS DITAHAN

13 orang sudah ditahan sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kekecohan pada program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, 13 orang itu ditahan atas kesalahan membuat kekecohan termasuk membaling mercun, suar dan kerusi pada hari kejadian.

“Selepas ini, kami akan memanggil penganjur pula yang gagal mematuhi 10 syarat mengikut Seksyen 25 Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Penganjur sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga keamanan sepanjang majlis itu berlangsung dan jangan ingat mereka boleh terlepas dengan menyalahkan polis yang didakwa gagal mengawal keadaan, ” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Program Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Ahad lalu dicemari dengan insiden balingan suar dan kerusi.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10156447832477786/

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: