News!!

Bekas penjawat awam berusia 62 tahun tokan dadah ditahan

KUALA PEGANG, Rabu, 9 Ogos 2017 – BEKAS penjawat awam berusia 62 tahun dikesan menjadikan rumahnya di Batu 42, Pulai, Baling sebagai tempat penagih dadah mendapat bekalan dan melepaskan gian.

Suspek yang tinggal sebatang kara ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi selama enam jam bermula 6 petang semalam.

Dalam operasi sama, AADK menahan 15 penagih termasuk seorang tokan di Kampung Ketemba Kuala Pegang dan Kampung Padang Cik Mas.

Pegawai AADK Daerah Baling, Arnida Ishak berkata, bekas penjawat awam itu turut menjual dadah secara kecil-kecilan kepada penagih yang singgah di rumahnya.

“Hasil risikan sejak dua hari lalu, kita dapat petanda rumahnya menjadi tumpuan penagih untuk melepaskan gian.

“Kita kesal kerana sebagai bekas penjawat awam dan sudah berusia, dia sepatutnya sedar kesan pengambilan bahan itu akan merosakkan diri dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arnida berkata, operasi itu dilakukan enam anggota AADK diketuai Nor Hajar Aswat Khamis.

Beliau berkata, semua yang ditahan berusia antara 19 sehingga 62 tahun dan mereka positif dadah jenis opiat dan methamphetamine selepas menjalani saringan air kencing.

“Seramai 15 penagih disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan dibawa ke Pusat Tahanan Reman Kampung Selamat, Pulau Pinang sebelum dituduh di mahkamah.

“Tokan dadah dan bahan rampasan diserahkan kepada polis untuk disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ,”katanya. – HMetro

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: