News!!

Adik 12 tahun dirogol abang sulong berkali-kali hingga hamil

Gambar hiasan

REMAJA lelaki berusia 16 tahun ditahan 5.30 petang semalam di rumahnya di Kampung Baru Cina, Semenyih selepas merogol adik perempuannya berusia 13 tahun sehingga mengandung.

Menurut sumber, mangsa dirogol lebih 10 kali ketika bapanya keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Mangsa tinggal bersama bapanya yang berusia 42 tahun dan lima lagi adik-beradik yang lain manakala ibu mangsa sudah melarikan diri sejak sebulan lalu,” katanya.

Menurutnya, bapa mangsa mula mengesyaki sesuatu selepas melihat perut mangsa besar.

“Bapa mangsa membawa remaja tingkatan 1 itu ke hospital untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati remaja itu hamil tujuh bulan sebelum mengaku dirogol abang sulungnya berkali-kali,” katanya. (INI BERMAKNA PEMERKOSAAN SUDAH BERMULA KETIKA USIA 12 TAHUN LAGI!!!)

Sumber berkata, remaja perempuan itu kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

HMetro : Rabu, 9 Ogos 2017 @ 12:44 AM

Comments

comments

1 Trackback / Pingback

  1. Penjara 48 tahun, 24 sebatan untuk 623 pertuduhan bapa perkosa anak – WARNA ASIA

Leave a Reply

%d bloggers like this: