News!!

Queen Control terhasil dari fenomena Bapa Tunggul

Dalam meneliti keruntuhan institusi keluarga hari ini, kami ingin kongsikan hasil kajian berdasarkan kes-kes yang kami kendali. Antara isu penting yang menjadi punca keluarga dan anak-anak jadi porak peranda ialah kelemahan bapa dalam memainkan peranannya.

Bapa yang layak memimpin anak isteri ke syurga sewajarnya akan merasa cemburu dengan isteri dan anak perempuannya. LELAKI DAYUS TIDAK AKAN CIUM BAU SYURGA. Justeru, salah satu jihad seorang lelaki ialah mempertahankan maruah isteri dan anak-anaknya. Namun hari ini tidak berlaku lagi.

 

FENOMENA PELACURAN PERCUMA secara terbuka yang dilakukan oleh anak-anak gadis bertudung melalui fenomena pornstar IG, thumblr, weechat dan sebagainya sudah di tahap SANGAT parah saat ini. Antara ‘pelanggan’ utama mereka juga merupakan lelaki yang berstatus bapa dan suami.

Terlalu ramai aduan dari anak-anak yang kesal dengan sikap ibubapa. Adik perempuan atau kakaknya bebas diangkut Mat Rempit di depan mata mereka. Lebih sadis lagi apabila teman lelaki turut bebas keluar masuk bilik saudara perempuannya. Apabila ditanya mengapa tidak dilarang? Jawab ibubapa ialah ini zaman moden, tidak boleh terlalu kolot.

 

FENOMENA PEDOFILIA, CINTA TERLARANG DAN SUMBANG MAHRAM di kalangan ahli keluarga pula semakin berleluasa. Adik sekecil 5 tahun sudah dirogol oleh atuk, ayah, abang-abang, dan sepupu sendiri. Separuh gila tertekannya ibu-ibu yang menghadapi kes seperti ini.

 

FENOMENA KONGSI ISTERI & GANG BANG adalah yang paling parah sekali. Tidak ramai yang sedar betapa gejala ini sudah begitu berleluasa. Kumpulan mereka terlalu besar dan membiak ketika ini. Ada yang melakukan seks di bilik berasingan, namun ramai yang tergamak melakukannya beramai-ramai di bilik yang sama. Tidak terjangkau akal waras bagaimana gejala ini boleh terjadi. Padahal masing-masing sudah ada anak yang sedang memerhati.

Ganja, arak dan pelbagai jenis dadah dijadikan mukaddimah oleh kumpulan ini sebelum melakukan jenayah seksual itu. Padahal luarannya mereka dilihat macam ‘beragama’. Pakaian isteri bertudung lingkup dan suami juga tidaklah nampak ‘nakal’, bahkan ada yang bertopengkan agama secara luarannya.

 

GEJALA MELACURKAN ISTERI juga semakin berleluasa. Seorang suami yang seharusnya mempertahankan maruah isteri merasa seronok dan teransang menonton adegan seks lelaki lain isteri sendiri. Ada yang tergamak melacurkan isteri dengan pekerja Bangla, hanya dengan bayaran rm20 sahaja. Ada yang malah meminta rakan sekerja melakukan seks dengan isterinya secara percuma, hanya kerana ingin teransang melihat isteri sendiri bersenggama.

 

TANDA-TANDA BAPA TUNGGUL DALAM KELUARGA – KISAH BENAR

KES 1

Seorang bapa yang bependidikan tinggi datang mengadu kepada kami untuk menyelesaikan masalah akhlak anak gadisnya. Beliau mengadu hubungan anaknya yang berusia 14 tahun dengan teman lelaki sudah tidak dapat dikawal lagi. Suka-suka sahaja teman lelaki anaknya masuk rumahnya untuk ‘bersama’ dengan anak gadisnya. Apabila ditegah, anaknya akan lari rumah. Akhirnya beliau terpaksa membiarkan sahaja menahan hati melihat lelaki itu meratah anaknya. Na’uzubillah….

Ironinya, beliau yang berkerja sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti awam itu dilihat menyimpan ‘ekor’ rambut di belakangnya. Rambut di kepalanya juga nampak serabut dan tidak terurus.

Apabila ditanya untuk apa disimpan ekor sepanjang itu? Beliau menjawab semua ini juga kerana mengikuti kehendak anak gadisnya. Malangnya setelah semua kehendak itu dituruti, anak itu masih juga tidak dapat dipisahkan dari si teman lelaki. Beliau tanyakan samada wajar dia bunuh sahaja teman lelaki anaknya? Ermmmm…

Kami tanyakan bolehkah seorang pensyarah menyimpan ekor rambut seperti itu? Beliau kata setakat ini tiada masalah. Beliau masukkan ekor rambut itu ke dalam bajunya agar tidak kelihatan. Lihatlah betapa dangkalnya pemikiran seorang bapa yang sedang ‘mendidik’ anak-anak kita.

 

KES 2

Ini yang paling banyak terjadi. Hampir semua yang datang mengadu bermacam-macam masalah akhlak anak-anak adalah kaum ibu. Ada yang mengadu anak lari, anak bersekedudukan dengan lelaki, anak mahu tukar agama, anak sudah hamil, anak lelaki sudah membuntingkan anak dara orang, anak hisap dadah, bergaduh, melakukan jenayah meragut, pecah rumah, merempit dan 1001 macam masalah lainnya.

Setakat ibu yang boleh memandu membawa anak yang sakit ke rumah sakit sendirian, atau hadir ke mesyuarat PIBG sekolah, itu masih perkara biasa. Tetapi jika anak sudah di lokap polis, sudah dibuang sekolah, bahkan sudah parah kena belasah orang ramai pun masih isteri juga yang harus hadir ke balai polis dan mahkamah, itu amat menyedihkan sekali. Tapi inilah yang terjadi…

Kita boleh bayangkan betapa sukarnya seorang ibu yang terpaksa memainkan peranan lelaki dalam kes ini. Harus mencari wang jamin, gantirugi, bahkan harus berhadapan dengan serangan dari pihak mangsa perbuatan jahat anaknya tanpa bantuan suaminya.

 

KES 3

Ilmu agama merupakan keperluan asas dalam memimpin dan mensejahterakan sebuah rumahtangga. Ironinya, kami dapati hampir kesemua yang tekun mencari ilmu agama untuk menyelesaikan masalah keluarga juga dari kalangan wanita.

Ditanya mengapa datang sendiri? Di mana suami? Jawapannya hampir serupa. Selain dari mengaku sebagai ibutunggal, ada yang kata suaminya ke luar kota atau berada di laur negara. Ada yang kata suami sedang memancing, sedang main golf, atau ikut konvoi bersama rakan-rakan, suami sedang berkempen politik, dan berbagai-bagai lagi.

Yang paling sedih sekali ialah ramai suami yang datang bersama isteri namun hanya duduk dalam kereta sahaja. Seharusnya suami yang turun memimpin isteri agar masalah anak-anak dapat difahami untuk sama-sama ditangani. Ini tidak, semuanya diletakkan di bahu isteri.

 

KES 4

Ada banyak kes zina terang terangan diceritakan sendiri antaranya oleh isteri atau anak-anak yang sudah ‘sedar’ akan kesilapan keluarganya.

Seorang dari anak yatim, bekas pesalah juvana yang kami jaga mengaku pernah datang dari Kelantan dan tidur di rumah keluarga teman wanitanya di Shah Alam selama dua minggu. Ibubapa teman wanitanya amat sporting sekali. Beliau BEBAS melakukan zina semahunya sepanjang tempoh itu tanpa sedikitpun rasa berdosa.

Kami sendiri pernah menangani kes anak gadis seorang menteri yang melakukan zina berpanjangan dengan beberapa teman lelakinya sejak berusia 13 tahun lagi. Menteri yang mempunyai dua isteri itu hanya pulang ke rumah isteri tua sekali dalam seminggu atau dua. Itupun tidak lekat di rumah kerana sibuk bertemu para penyokongnya. Di situlah anak yang mewah hidupnya ini ambil peluang.

Kebejatan akhlak termasuk perlakuan seks bebas ini juga berlaku dengan teruk sekali pada anak-anak seorang bekas perdana menteri. Ia diceritakan sendiri oleh seoprang bergelar Datuk, yang ditugaskan menjaga rumah VVIP itu di luar negara. Inilah hakikat kehidupan di balik jendela.

 

KES 5

Terlalu ramai isteri yang dengan bangganya menceritakan kejayaan perniagaannya sehingga suaminya tidak lagi perlu bekerja. Suami hanya mengurus rumah dan menjaga anak-anak sahaja. Segala urusan perniagaan, termasuk yang di luar negeri diurus sendiri oleh sang isteri.

Kami ada terlalu banyak aduan, malah pengakuan tulus dari mereka yang telah sedar diri. Semasa sibuk menguruskan perniagaan itulah banyak berlaku perselengkohan isteri di belakang suami, atau oleh suami di belakang isteri. Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Ketika itu jugalah terbukanya peluang perselengkohan suami dengan maid dan teman wanita di luar, bahkan punca berlakunya pedofilia dan cinta terlarang dengan anak sendiri.

 

KESIMPULAN

Jika mahu lihat kewibawaan pemimpin, lihatlah orang di bawah pimpinannya. Isteri dan anak-anak juga adalah cerminan kepada seorang suami dan bapa.

Jangan kita hanya pandai menyalahkan wanita dengan berleluasanya fenomena queen control (QC). Lelaki harus melihat ke dalam diri sendiri. Adakah mereka sudah cukup memainkan peranan mereka sebagai suami dan bapa?

Lelaki yang berilmu dan berwibawa akan berusaha sedaya upaya untuk mendidik dan membentuk isteri dan anak-anaknya di samping berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan nafkah mereka. Apa yang berlaku dalam keluarga adalah menjadi tanggungjawab mutlak bapa. Malangnya apa yang berlaku kini adalah sebaliknya.

Seorang suami seharusnya merasa cemburu apabila isteri dan anak perempuannya mendedahkan aurat untuk bebas dilihat sebarang lelaki. Hari ini tidak lagi. Malahan ada suami bangga apabila isterinya berpakaian seksi seksa.

Seorang suami seharusnya cemburu apabila isteri dilihat begitu mesra dengan lelaki bukan muhrim atau rakan sekerja. Hari ini tidak lagi. Suami selamba sahaja melihat isterinya bermesra dengan lelaki lain di depan mata. Boleh pula tumpangkan isteri untuk pergi balik kerja, atau ke luar kota, bahkan ke luar negara berdua dengan teman sekerja atau bos lelakinya.

Akibatnya TERLALU BANYAK kes perselengkohan berlaku antara isteri dengan rakan sekerja, dengan pelanggan lelaki bahkan dengan teman lelaki suami sendiri.

Semuga kisah ini ada pelajarannya,

WARGA PRIHATIN

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: