News!!

Selepas Iftar Gay, Akan Ada Himpunan Ateis Pula Di Kuala Lumpur

 

Kuala Lumpur: Perjumpaan tahunan persatuan ateis atau lebih dikenali sebagai Atheist Republic telah berjaya dilaksanakan di ibu kota baru-baru ini. Cawangan Malaysia pertubuhan ini dikenali sebagai ‘The Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur’ atau dalam Bahasa Melayunya ‘Kedutaan Republik Ateis di Kuala Lumpur’.

Keanggotaan pertubuhan ini tidak terbatas kepada mana-mana bangsa, dan syaratnya cuma satu, iaitu anda perlu yakin bahawa Tuhan tidak wujud. Namun begitu, ramai ahli kumpulan ini terdiri dari kalangan orang Melayu yang menggelar diri mereka sebagai ‘bekas Muslim’ atau ‘ex-Muslim’. Maklumat perjumpaan berkenaan lokasi dan waktu akan dikongsi bersama di dalam satu kumpulan tertutup di Facebook.

Pertubuhan ini telah diasaskan oleh seorang bernama Armin Navabi kelahiran Tehran, Iran. Semenjak kecil, pendedahan beliau kepada amalan agama adalah minimum kerana beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga Muslim liberal di mana kedua-dua ibu bapanya tidak mengamalkan Islam di dalam ibadah mahupun kehidupan harian serta tidak menunaikan solat.

Pengasas Atheist Republic bersama karya penulisannya

 

Setelah beberapa ketika selepas gagal dalam percubaan membunuh diri ketika berusia 12 tahun, Armin semakin percaya bahawa Tuhan itu tidak wujud. Bermula pada tahun 2011, Armin telah memulakan satu laman Facebook untuk para Ateis dari seluruh dunia. Sekarang gerakan ini telah berjaya menjejak mereka yang menolak kewujudan Tuhan dari serata dunia dan mempunyai lebih 1.6 juta pengikut di Facebook.

-menara

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: